BARANGKALI ‘pishang’ bahasa orang sekarang yang bermaksud bosan gamaknya, dek berkurung sejak Perintah Kawalan Pergerakan, pisang cantik ini mula mendapat perhatian.

Itu yang dikongsikan warga siber dalam grup berkebun yang yang mempunyai hampir 100k pengikut di Facebook.

Agak menerujakan ahli di ruangan komen dikongsikan Nur Adli Fakhrullah, 28 dari Gombak, Selangor ini apabila ramai yang teruja berkongsi dan mahu mendapatkan baka pisang yang berceloreng belang hijau pudar dan hijau tua itu.

Pasti ramai yang tidak pernah melihat pisang cantik ini kan?

Ramai yang berkongsi dalam komen berkenaan bahawa ia merupakan pisang batik.

Bagaimanapun seorang warganet yang turut memberi komen dikenali sebagai Zenith Kok Zhun Yi berkata, gambar yang Nur Adli Fakhrullah tunjukkan ialah pisang “Ae Ae”.

Zenith Kok Zhun Yi menunjukkan rupa pisang berkenaan yang sudah masak.

“Pisang batik yang orang lain tunjuk ialah “D’ang Florida”. Cuba perhatikan bentuk buahnya. Dan corak batik daun.

“Ae Ae sangat susah nak jumpa. Masih tak tau siapa ada di Malaysia,” katanya.

Cantiknya. Sedap tk buahnya?

Org kata rasanya mcm pisang emas

Cantiknya

Lain macam pkok pisang dia unikk

Kacak eh!!!

Camney rasa pisang nya oooo???

Very beautiful pokok pisang

Wahh.. cantik lah

Cantik la

Iklan

X pernah jumpa

X boleh tanam dlm pasu kut

Wow.. memang cantik daun dan buahnya..agak2 rasa buahnya camna yer..Ada Macam rasa buah pisang embun ke?

Pisang panjang

Sementara itu perkongsian Watie Wawan di Facebook pula berkongsi tentang ‘pisang beranak panjang’ yang mendapat perhatian netizen juga cukup menerujakan.

Iklan

“Pertama kali nampak betul-betul depan mata… Pisang seribu diberi nama.. tumbuh subur belakang rumah mertua,” kongsinya.

Ya, memang agak unik dan pelik melihat pisang itu yang ibarat beranak pinak dan tumbuh memanjang ke bawah.

Di hujung pisang itu pula terlihat seakan jantung pisang. Lihatlah komen netizen ini….

Bagaimana? Masih lagi pishang?

Tiap yang diciptakan pasti ada hikmahnya. Lihatlah siapa Penciptanya. -AG #rantaiankasih