Suruh selawat, doktor dipuji sopan layan warga asing terima vaksin, tiada double standard

Gambar hiasan (5)
Gambar hiasan (5)
A
A
A

WAKTU mendapatkan suntikan vaksin adalah antara waktu yang mendebarkan bagi kebanyakan daripada kita. Justeru, layanan baik yang diberikan oleh vaksinator kepada mampu menenangkan ketika melalui saat-saat itu.

Justeru, tidak hairanlah jika pelbagai cerita didengari tentang ragam penerima dan vaksinator.

Baru-baru ini tular di laman sosial video yang memaparkan vaksinator dipercayai seorang doktor yang begitu sopan dan beradab ketika berhadapan penerima vaksin.

Doktor berkenaan memberikan nasihat agar penerima vaksin melembutkan tangan serta relaks.

Malah, lebih menyentuh hati, doktor berkenaan menasihatkan agar berselawat semasa prosedur suntikan dijalankan.

@belalhosnanThe doctor's use is much better ❤️❤️ alhamdulillah ? 1st dos vaccine completed##tikTok##malaysia

♬ original sound - ??✴️Md.Belal Hossain✴️??

Berbeza dengan video tular terdahulu di mana penerima vaksin warga asing yang diberi layanan kurang mesra oleh vaksinator yang mungkin kepenatan setelah seharian memberikan suntikan.

Video berkenaan dirakam oleh individu berkenaan dan kemudian dimuatnaik ke laman sosial TikTok dipercayai sebagai kenangan meraih perhatian warga maya.

Pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) menunjukkan perkembangan positif dimana kadar kes kecemasan melibatkan wabak ini semakin menurun di Lembah Klang.

Direkodkan, setakat 23 Ogos 2021 56.9 peratus populasi dewasa Malaysia iaitu 13,315,774 individu sudah mendapat dua dos suntikan vaksin Covid-19.

Diharapkan kita semua mengekalkan adab sopan dan budi bahasa ketika berinteraksi tanpa mengira kaum dan bangsa. Budi bahasa budaya kita.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca