Sweetnya, lepas bertikam lidah TMJ hantar bunga, McD tapi MB Kedah pilih cekodok

A
A
A

SALING berbalas status di media sosial diantara Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar ibni Tunku Ibrahim Ismail (TMJ) dengan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor baru-baru menarik perhatian ramai,

Terdahulu, Muhammad Sanusi mengusik TMJ menerusi media sosial selepas pasukan JDT terikat seri tanpa jaringan ke atas Kedah Darul Aman FC (KDA FC) 0-0 di Stadium Darul Aman, Kedah, Ahad lalu.

Susulan dari itu, TMJ memberi buah tangan tersebut sebagai respons balas susulan kenyataan Muhammad Sanusi yang bergurau berhubung soal diet.

“Menjunjung Kasih TMJ atas kiriman bunga dan McDonalds, hari Khamis ini kita berentap lagi, kalah, seri atau menang adalah adat perlawanan. Kasi panas ‘line’ itu wajib laaa,” tulis Sanusi di laman sosial Facebook. 

Sementara itu, TMJ dalam perkongsian di IG Story memuat naik kepingan foto yang memaparkan Sanusi bersama jambakan bunga yang diterimanya dengan tampalan stiker bertulis “aww sweet,” pada Isnin.

“No diet? One way to keep a Clown happy. McDonalds…Always work. (Tidak diet? Dalam perjalanan untuk Badut gembira. McDonalds sentiasa berfungsi),” tulis baginda menerusi IG Story.

Dalam pada itu, Muhammad Sanusi yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) menyatakan hidangan cekodok pisang dan cekodok bilis tetap menjadi pilihannya berbanding hidangan makanan segera itu.

“Coqkodok pisang dan coqbilih kucai tetap menjadi pilihan walaupun ada setambun McD di depan.

“Selera bahan tempatan yang segar tak mungkin dapat direntap burger dan ayam daging hidangan mat saleh hidung merah berkasut besar,” tulis Muhammad Sanusi.

Sementara itu, dilaporkan tiket perlawanan JDT – Kedah pada Khamis, habis dijual tidak sampai 24 jam selepas tiket mula dijual secara dalam talian.

Perkara tersebut diumumkan oleh Johor Southern Tigers menerusi laman Twitter.

Perlawanan suku akhir kedua di Stadium Sultan Ibrahim merupakan peluang JDT beraksi di laman sendiri.

Baca juga: [VIDEO] Gelagat Abang Rider Cari Customer Pesan Makanan Dalam Stadium Dibanjiri Penonton Undang Simpati Ramai

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Sumber: Facebook Muhammad Sanusi Md Nor, ?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1460774879272136705%7Ctwgr%5E%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Fmakanbola.com%2Ftak-sampai-24-jam-tiket-perlawanan-jdt-kedah-habis-dijual%2F">Twitter @JOHORSouthernTigers

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca