Syed Saddiq didapati bersalah semua 4 tuduhan, ini 7 info mengenai bekas menteri termuda di Malaysia

BEKAS Menteri Belia Dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, sebentar tadi terhadap tuduhan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram dana Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) BERSATU.

Hakim Datuk Azhar Abdul Hamid memutuskan Syed Saddiq yang juga Ahli Parlimen Muar dan bekas Ketua ARMADA bersalah terhadap kesemua empat tuduhan selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Syed Saddiq dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan dan denda RM10 juta selepas didapati bersalah terhadap kesalahan pecah amanah, salah guna harta dan penggubahan wang haram.

Hakim membenarkan permohonan pembelaan untuk menangguhkan hukuman sementara rayuan dibuat di Mahkamah Rayuan

Sementara itu, ini info menarik mengenai Syed Saddiq;

1. Pemilik nama penuh Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dilahirkan pada 6 Disember 1992 di Pulai, Johor Bahru. Beliau merupakan anak bongsu daripada empat orang adik-beradik.

2. Pada September 2017, beliau menolak tawaran biasiswa yang bernilai kira-kira RM400,000 untuk melanjutkan pengajian di Universiti Oxford, England untuk terus aktif dalam politik.

Baca juga Cerita wanita jelita berkebaya jingga bertemu Syed Saddiq kini bertanding di Parlimen Batu, 10 info mengenai Cleopatra

3. Beliau juga merupakan menteri termuda yang dilantik pada usia 25 tahun di Malaysia.

4. Beliau merupakan lulusan jurusan Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Sebelum itu beliau menuntut di Maktab Tentera Diraja (RMC), Maktab Sultan Abu Bakar (English College) dan peringkat rendah di Sekolah Kebangsaan Taman Perling, Johor Bahru.

5. Dalam bidang kerjara dan perkhidmatan pula, beliau merupakan Pensyarah Sambilan di UIAM dalam subjek Pengucapan Awam. Syed Saddiq juga Penyelidik di Bait Al-Amanah selain pelatih debat untuk pelajar junior di UIAM.

Iklan

6. Dalam arena politik, Syed Saddiq merupakan Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM/BERSATU) bermula November 2016. Kemudian pada 14 Januari 2017 – 28 Mei 2020, beliau memegang Ketua Armada bagi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM)/BERSATU). Seterusnya menjadi Ahli Parlimen Muar pada Mei 2018. Syed Saddiq pernah memegang jawatan Menteri Belia dan Sukan Malaysia Ke-18 pada 2 Julai 2018 hingga 24 Februari 2020. Pun begitu pada 28 Mei 2020, beliau digugurkan keahlian sebagai ahli BERSATU. Dalam pada itu, pada 12 Ogos 2020, beliau menubuhkan Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) bersama Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Utama Mukhriz Tun Dr Mahathir, Datuk Wira Ir Amiruddin Hamzah dan Dr Maszlee Malik. Akhirnya pada 17 September 2020, beliau menubuhkan pula Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA).

Baca juga [VIDEO] Untungnya warga Muar! Syed Saddiq umum pakej lockdown SEJIWA

7. Anugerah atau pencapaian Syed Saddiq;

Iklan
  • Juara Debat Asia “United Asian Debating Championship” yang merupakan pertandingan debat peringkat Asia.
  • Pemegang Rekod Dunia dalam sejarah Kejohanan Debat Universiti Dunia.
  • Pendebat terbaik Asia (3 kali). Salah satunya semasa mewakili UIAM dalam Kejohanan Debat Bersatu Asia (UADC) di Bali.
  • 2012 – 2014 – Pendebat Terbaik (ESL) di kejohanan Australasia, Cambridge dan Oxford Inter-varsities. (3 kali)
  • Pendebat Terbaik Asia di pertandingan Asian British Parliamentary (ABP) (3 kali)
  • Pendebat terbaik dunia Islam OIC (2 kali)
  • Individu Asia pertama dilantik sebagai Ketua Hakim (Cambridge Inter Varsities di UK)
  • Ketua Hakim (Kejohanan Debat Universiti Dunia di Netherlands)

Sumber: Wikipedia & @syedsaddiq

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!