CLEOPATRA atau Nur Fathiah Syazwana Shaharuddin, 28, antara calon yang menjadi perhatian ramai selepas bertanding bagi ‘kerusi panas’ Parlimen Batu, Kuala Lumpur.

Berhadapan dengan 10 penjuru di parlimen tersebut, Cleopatra sebelum ini pernah dihambat kontroversi selepas peristiwa video tular tiga tahun lalu yang mana seorang wanita jelita berbaju kebaya jinggamenuju ke sebuah bilik mesyuarat untuk bertemu Menteri Belia dan Sukan ketika itu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Baca juga: Manis bertudung bawal, perkahwinan sederhana, ringkas Nurul Izzah jadi perhatian warga maya

Situasi menjadi sensasi apabila netizen menimbulkan pelbagai spekulasi tentang tujuan dan hubungannya dengan Ahli Parlimen Muar itu. Tidak kurang yang memfitnah wanita muda itu sebagai transgender.

Enggan ‘melayani’ kontroversi, Cleopatra menumpukan kepada kerja-kerja aktivis memperjuangkan kebajikan masyarakat.

Baca juga: Young Syefura daripada jururawat jadi YB, sukakan aktiviti lasak berbasikal dan mendaki

Baca juga: Sanggup’mengesot’ untuk bergerak, Dr Noraishah mahu perjuangkan nasib OKU

Siapa gerangan wanita jelita ini? berikut 10 info mengenai calon bebas ini:

1-Cleopatra ialah ibu tunggal kepada dua cahaya mata yang bernama Andromeda, 5, dan Astreanova, 4 tahun.

2-Memiliki Diploma Kaedah Pengajaran Bahasa Inggeris Montessori, London Teachers Training College, Amerika Syarikat.

3-Berasal dari Georgetown, Pulau Pinang dan menetap di Kuala Lumpur, Cleopatra kini bertanggungjawab mencari nafkah buat keluarganya yang terdiri daripada tujuh orang.

4-Terlibat dengan industri keselamatan dan pertahanan dan kini merupakan Pengarah Nova Defence dan Raffles Force Malaysia yang berpangkalan di Sentul, Kuala Lumpur.

5-Merupakan pengasas Pertubuhan Tindakan “Perikatan Wanita Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur atau Hetero Action Women Alliance (HAWA).

6-Sebagai ibu tunggal kepada dua cahaya mata yang sedang membesar dan ahli perniagaan, masa adalah cabaran terbesar Cleopatra. Namun ia dibahagikan sebaiknya.

7-Sebagai ibu tunggal serta ahli perniagaan yang sangat sibuk, ia menjadi cabaran yang besar buat dirinya dan keluarga. Namun, keluarga ibu muda itu memahami pengorbanannya adalah demi kemaslahatan penduduk di Parlimen Batu.

8-Mempunyai personaliti yang tegas, Cleopatra sangat penyayang kepada kanak-kanak. Ibu muda itu bersemangat untuk bertanding demi perjuangannya.

9-Tidak ketinggalan turun padang bersama dengan rakyat, Cleopatra ingin membela mereka yang rentan dan kesamarataan di antara golongan kaya serta miskin.

10-“Saya akan lebih fokus kepada golongan rentan di Bandaraya Kuala Lumpur yang masih ramai tidak terbela oleh kerajaan. Saya juga tidak akan terpengaruh dengan ideologi mana-mana parti politik dan politik kepartian,” katanya.

Baca juga: Ahmad Idham tidak mahu sekadar janji politik

Ternyata bukan calang-calang untuk bertanding dalan pilihan raya. Semoga perjuangan dan kerja kebajikan yang dilakukan Cleopatra menjadi inspirasi buat kita semua.

Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) menyaksikan seramai 127 calon wanita akan bertanding di kerusi Parlimen, manakala 60 lagi calon di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi