MEMANG panas juga isu yang jadi bahan membawang dalam kalangan pengguna media sosial semalam apabila tular dikhabarkan pengguna yang mencipta creative content perlu membayar hingga RM50,000 untuk Lesen Finas.

Berita tersebar hinggakan golongan ‘social influencer’ atau personaliti media sosial keliru mengenai syarat yang dikatakan mewajibkan mereka memohon Lesen Pengeluaran Filem dan SSP seperti yang tular.

Turut menyentuh isu itu, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang meminta keperluan perlesenan bagi video dan filem dikaji semula.

Bekas menteri belia dan sukan ini menyifatkan ia boleh menjejaskan anak-anak muda yang mencipta creative content tersendiri di media sosial.

Syed Saddiq turut menzahirkan pendapatnya itu menerusi satu video di aplikasi TikTok. Menariknya, ia turut memperlihatnya keprihatinannya tentang perkara tersebut, dari sisi yang mencuit hati!

Lihatlah perkongsian beliau ini di akaun TikToknya semalam:

 

@syedsaddiq
Semua kena apply lesen. You’ve gotta be kitten me, tulisnya di kapsyen video berkenaan.

SKMM tangkap Toby, seekor Tiktoker tak berlesen

Reporter kejar tanya soalan

Meow-meow to the rescue!!

Saya cepat-cepat buat lesen

Iklan

 

FINAS ulas

Dalam pada itu, terbaharu Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Ahmad Idham Ahmad Nadzri turut mengulas perkara berkaitan.

Menurutnya, tiada arahan dikeluarkan kepada pengguna platform media sosial seperti YouTube, Instagram dan TikTok untuk memohon Lesen Pengeluaran Filem dan Surat Perakuan Penggambaran (SPP) seperti yang tular semalam.

Menurutnya, sebagai badan yang bertanggungjawab membantu meningkatkan pembangunan industri perfileman dan kandungan digital, tugas FINAS lebih kepada menggalakkan penghasilan lebih banyak idea kreatif. Sebaliknya bukan menyekat kreativiti pengguna media sosial.

Jelas beliau, berita yang tular itu tidak benar serta berharap pihak berkenaan bersabar dan jangan panik.

Iklan

“Kalau betul FINAS mahu keluarkan syarat sedemikian, sudah lama kami laksanakan,” katanya.

Menurutnya sebaliknya, FRNAS memberikan geran mikro kepada golongan terbabit menghasilkan lebih banyak isi kandungan untuk pelantar media sosial.

“Takkanlah kita hendak buat begitu,” katanya dalam laporan akhbar tempatan.

Moga anak muda kita masih bebas berkarya tanpa sekatan-sekatan yang boleh merencatkan kreativiti mereka.