PERNAH mendapat kecaman netizen apabila menyiarkan rakaman video sahabat meninggal dunia pada Disember lalu namun tidak mematahkan semangat usahawan muda, Hafiz Mahamad untuk menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan.

Malah, beliau yang juga selebriti media sosial sekeluarga pernah tersangkut dalam banjir ketika dalam perjalanan dari Kelantan ke Kuala Lumpur awal Januari lalu.

Melalui perkongsiannya, dia sangat terharu dan tidak diduga ramai yang membantunya ketika itu dalam keadaan terdesak mendapatkan pampers dan susu anak.

Bermula daripada itu, beliau giat turun ke kawasan yang terjejas bagi memberi bantuan kepada mangsa banjir di Pahang.

Namun semalam, Hafiz mengumumkan bahawa dirinya disahkan positif Covid-19.

Kongsinya di laman Facebook, sempena hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, dirinya pula positif Covid-19.

“PKP ini ingat nak luangkan masa dengan keluarga di rumah dekat rumah sebab sebelum ni jarang ada waktu terluang sepenuhnya.

“Nah, bangun je pagi bila terima keputusan dan terus amik bag bawa ke bilik bawah untuk saya kuarantin.

“Saya kerap buat swab test untuk pastikan diri saya okay. Balik dari kerja luar negeri atau beri bantuan mana-manapun, Alhamdulilah keputusan masih negatif.

“Minggu lepas saya dan keluarga ada juga buat swab test, masih keputusan negatif tapi hari ini (semalam) saya disahkan positif,” tulisnya.

Baca juga Penangan PKP buat ibu kepada dua anak OKU ini buntu teruskan hidup

Hafiz turut bersyukur, anak dan isteri serta staf tidak dijangkiti sepertinya.

Iklan

“Alhamdulilah Allah makbulkan doa saya bila isteri, anak dan team saya negatif.

“Hopefully awak semua berada dalam keadaan baik tau. Siapa yang positif macam saya, InsyaAllah kita doa baik baik dan bertenang.

“Mungkin ada kurangnya saya menjaga keselamatan diri dan insyaAllah sama-sama kita baiki perkara ini.

“Jaga diri baik-baik waktu PKP dan gunakan waktu ini bersama dengan keluarga sepenuhnya di rumah,” pesannya.

Rata-rata pengikutnya mendoakan kesembuhan untuknya serta memberi kata-kata semangat  untuk terus kuat menjalani ujian ini.

Iklan

Terus mengamalkan SOP yang telah ditetapkan. Hanya kita yang boleh memutuskan rantaian Covid-19 ini.