'Tenang air muka, cantik macam bonda.' Wajah terkini Puteri Ameerah raih perhatian, dipuji persis ibunya, Azrinaz!

A
A
A

RAUT wajahnya persis sang bonda, begitu cantik dan manis dipandang.

Itulah kata-kata yang sesuai menggambarkan Yang Teramat Mulia (YTM) Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah.

Merupakan anakanda kedua hasil perkahwinan bekas pengacara televisyen, Azrinaz Mazhar Hakim bersama Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah.

Untuk rekod, pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada Ogos 2005 sebelum berpisah pada Jun 2010.

Puteri Ameerah merupakan adinda kepada YTM Paduka Seri Pengiran Muda Putera Abdul Wakeel.

Baca ni: Harta melebihi Cristiano Ronaldo, Messi, Neymar, 10 fakta menarik pemain bola terkaya Faiq Bolkiah

TINGGAL DI ISTANA 

Kedua-duanya mendapat pendidikan di International School Brunei dan kini sedang melanjutkan pembelajaran di Sekolah Antarabangsa Jerudong.

Abdul Wakeel dan Amirah tinggal di Istana Brunei.

Biarpun tidak berpeluang bertemu dengan anak-anaknya, Azrinaz sering memuat naik gambar mereka di laman Instagram miliknya.

Dalam perkongsiannya baru-baru ini, beliau memuat naik gambar Puteri Ameerah bersama Sultan Brunei dan menitipkan ucapan sempena hari ulang tahun kelahiran Sultan Brunei.

SANGAT MIRIP WAJAH BONDANYA

Berikut antara reaksi balas warga maya:

"Subhanallah. Cantik, jelita persis ibunya. Semoga suatu hari kasih sayang disatukan kembali. Pasti anakanda merindui pelukan dan ciuman ibunya."

"Cara jalan Puteri Ameerah sama seperti Cik Puan Azrinaz."

"Cantiknya. Sangat mirip wajah bondanya."

"Puteri Raja Brunei paling cantik."

"Masya-Allah, tenang air muka anakanda. Secantik bondanya."

Seiring dengan peningkatan umur, Puteri Ameerah tampil ringkas dengan kemeja dan jeans, rambut dilepas bebas, namun tetap manis manis dipandang.

Bak kata pepatah ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.

Rata-rata warga maya teruja dan menyifatkan puteri kerabat diraja Brunei itu banyak mewarisi kecantikan bondanya, Azrinaz.

Bahkan, Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sebelum ini pernah melontarkan pujian yang sama menerusi foto Puteri Ameerah yang dimuat naik di laman instagram rasmi milik Brunei Royal Family.

KASIH SEORANG IBU

Tampil berhijab di dalam gambar yang dikongsikan tersebut, ini menambahkan lagi keayuan Puteri Ameerah.

Kini, Azrinaz kini telah mendirikan rumahtangga bersama Fairos Khan Abdul Hamid pada 1 Mei 2018. Hasil perkahwinan kali kedua ini, Azrinaz dikurniakan dua cahaya mata yang comel.

Kasih seorang ibu kan, biarpun jarak beribu batu memisahkan mereka, namun naluri seorang ibu tidak mampu membendung rasa rindu. Sementelah, insan tersebut ialah insan kedua menjadi penghuni rahimnya.

Sumber Instagram azrinazmazharhakim & Brunei Royal Family

ayari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca