Tenang jamah lauk dibekal isteri, lelaki 'dibahan' rakan, ramai puji suami terbaik
TENANG walau apa jua orang mengata! Itulah yang dilihat situasi seorang suami yang berhadapan kutukan rakan sekerja berkenaan bekal.
Membawa sendiri bekalan makanan ke pejabat menjimatkan. Tidak sekadar itu, kebersihan dan kualiti bahan yang digunakan juga terjamin.
Selain ibu, tiada siapa mampu lawan air tangan isterisendiri. Meskipun hanya menikmati menu ‘simple’, sajian yang disediakan tetap terasa kelazatannya. Masa pun tidak perlu dibazirkan untuk membeli makanan di luar.
Bagaimanapun, amalan baik ini adakalanya menjadi 'bahan' usikan orang sekeliling.
Seperti kisah yang tular baru-baru di mana lelaki dilihat hanya tersenyum saat dirinya dibahan gara-gara membawa bekalan mencuri perhatian ramai.
Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @bosshukex, kelihatan lelaki tersebut sedang makan tengahari bersama rakan-rakannya yang lain.
Bagaimanapun, dia dilihat dibahan oleh rakannya sewaktu sedang menjamah air tangan isteri yang dibawa daripada rumah.
Rakannya berseloroh kerana menjamah menu restoran ‘meriah’ penuhi pinggan berbanding lelaki tersebut yang mempunyai lauk sederhana.
"Makan lauk meriah-meriah, macam dah tak ada hari esok. Datang yang ni (merujuk lelaki berkenaan)..,” seloroh rakannya itu sambil ketawa.
Baca juga Ibu perlu tahu, ini 10 makanan tinggi mineral zink terbaik buat anak
Pun begitu, lelaki tersebut kelihatan sangat tenang dan hanya tersengih melihat gelagat rakannya itu apatah lagi ketika rakannya yang lain berseloroh tentang bekas makanan aiskrim dan kartun ‘avengers’.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga maya tidak bersetuju dengan rakan-rakan lelaki tersebut kerana memandang rendah kepada kasihnya seorang suami makan bekalan isterinya.
Dalam pada itu, ramai juga yang 'salute' dengan lelaki tersebut yang menghargai air tangan isterinya malah tidak hairan dibahan kerana jelas makanannya dijamin lebih bersih dan sedap berbanding di luar.
@bosshukexSedihkan saya kena buli …hahah♬ original sound - Boss Shukex Halo Telco_oe
Ujar mereka;
"Air tangan isteri adalah yang terbaik, jimat pun jimat, ni makan kat mamak sekali makan boleh beli ayam seekor."
"Kena ingat sekurang-kurangnya dia hargai masakan isteri dan dia tau isteri masak lagi sedap. Mungkin dia nak makan sedap-sedap macam tu tunggu dengan bini."
Baca juga Isteri bekalkan suami ala-ala ‘lunch box’ kedai, berikut 7 kelebihan masak dari rumah
"Bekal dari bini penuh kasih sayang... dah tentu-tentunya bersih dan diyakini halal berbanding lauk kat kedai."
"Proud of him and his wife, husben rajin bawa bekal, wife rajin masak."
"Beli kat luar macammana meriah pun lauk hanya sekadar makan untuk kenyang... tapi abang ni makan air tangan dan kasih sayang isteri, special tu
"Suami yang baik menghargai isteri... masak dengan penuh kasih sayang lagi sedapp bro!"
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburka.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang