‘Terima kasih untuk semua itu’, lelaki sayu terima mesej ibu buat ramai sebak

IBU, seorang insan yang telah banyak berkorban demi kesejahteraan dan kelangsungan hidup kita.

Jasa mereka terhadap kita tak terkira. Semoga kita mampu menjadi anak yang berbakti kepada mereka kelak.

Seperti satu kisah yang tular di aplikasi Twitter ini mengenai seorang lelaki yang menerima mesej WhatsApp daripada ibunya.

Baca juga Berita baik! Kolesterol tinggi minum air halba, saintis ajar mudah rendam dalam air panas, namun perlu hati-hati

Pada asalnya, dia berasa sedih seharian kerana semua perancangan yang telah dibuat gagal.

Tiba-tiba, dia menerima mesej daripada ibunya itu dan berasa sangat sangat terkesan.

Menerusi ciapan @Anepppppppppp, ibunya mengucapkan terima kasih kepada dia kerana rajin membawanya keluar berjalan-jalan serta menunaikan hajat yang diinginkan.

“Sebenarnya hari ni saya seharian saya rasa sedih. Semua perancangan hari ni gagal. Baring je atas katil dari pagi. Entahlah. Macam-macam ada dalam kepala.

“Terkesan betul dengan WhatsApp mak tengah malam tadi. Maaf sebab jauh. Maaf takda dengan mak masa mak tak sihat,” tulisnya dalam ciapan berkenaan.

Baca juga ‘Curang ni bukan paksaan, tetapi pilihan’, pesanan Dr Fadzilah Kamsah buat suami isteri

WhatsApp

Apa yang membuatkan warganet sebak apabila bait-bait perkataan yang ditulis ibunya itu. Dia mengucapkan terima kasih atas setiap perkara yang lelaki itu lakukan.

“Along… mak nak ucap terima kasih. 1. Bawak mak jalan-jalan kat Melaka… happy. 2. Belikan mak telekung… suka sangat. 3. Makan kat Kukup 4. Makan kat Bukit Indah. 5. Belikan mak durian… rasa terharu.

“Dan satu yang kau tak tahu dah banyak hari juga mak nak makan jemput-jemput Shima, alih-alih kau bawak balik, Alhamdulillah. Terima kasih untuk semua itu,” tulis ibunya.

Dalam pada itu Anep turut meluahkan rasa sayu menerusi ciapan tersebut dengan mengepilkan beberapa foto kenangan bersama ibunya.

Anep turut memberitahu, sebelum ini ketika ayah dia ada memang mereka sekeluarga suka berjalan dan makan-makan.

“Dan pasal makan-makan tu, kami sekeluarga memang suka pergi food hunting. Macam-macam makanan kami cuba. Kadang-kadang bukan makan sangatpun. Beli dan kongsi ramai-ramai.

Iklan

“Mak pernah cakap, yang penting bukan pergi mana, makan apa, yang penting dengan siapa,” ujarnya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet memuji Anep yang meluangkan masa ibunya dan berusaha sedaya upaya membahagiakan wanita berkenaan.

Ada antara mereka meluahkan merindui ibu yang berada jauh di kampung mahupun yang sudah meninggal dunia.

Ujar mereka;

“I feel you! Everytime nak balik nak tinggalkan mak je mesti rasa berat sangat hati. But seeing mom happy makes us happy too.”

“You will be blessed! Well done! Nothing beats a mother’s love.”

Iklan

Baca juga Jangan tak percaya, kahwin lelaki berusia lebih romantik, penyayang

“Semoga rezeki Cikgu Anep dilimpahkan seluas lautan kerana membahagiakan ibu ♥️ Tak dapat bayangkan macam mana kalau hilangnya ibu atas muka bumi ni. Saya pon tak sanggup.”

“Sukanya tengok orang layan mak mcm ni… mak pun comeyynyaaaaaaa. Semoga dipermudah urusan dan diperluas rezeki.”

“Semoga terus diberi kesihatan yang baik dan rezeki yang luas untuk terus berbakti pada mak.”

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi