SETELAH dilanda beberapa kontroversi akhir-akhir ini, namun ia bukan penghalang untuk pendakwah terkenal, pendakwah bebas, Ebit Lew meneruskan misi bantuan dan ziarah penduduk di Yan, Kedah yang dilanda banjir teruk.

Ebit menerusi perkongsian di Facebooknya, semalam beliau bersama pasukannya telah ke Yan, Kedah dengan membawa tilam dan barang makanan.

Manakala hari ini pula, beliau dan pasukannya sempat menziarahi rumah bekas imam berusia 90an bagi memberi sedikit sumbangan dan kata-kata semangat.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

“Kami ziarah rumah mantan Imam berumur 90an yang hilang dibawa air. Beri sedikit kata semangat dan doa serta sedikit sumbangan buat isterinya dan ahli keluarga.

“Sayu dengar Imam ini tak boleh bangun. Keluarga yang mandikan dan uruskannya. Rumah ini masih selamat asbab Allah lindung dengan pokok besar.

“Jika tak langsung tiada tempat berpaut dan lain-lain. Dengar anak kecil cucunya bersangkut dekat dahan,”coretnya.

Iklan

Iklan

Ebit turut memaklumkan, pasukannya itu diiringi oleh ahli jawatan kuasa (AJK) Masjid Jamek Yan, Kedah selain turut berterima kasih kepada pihak kerajaan dan semua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta penduduk yang saling bantu-membantu.

Baca juga [VIDEO] Panik dan cemas dikejar anjing, penghantar makanan terbabas rempuh pagar

“Semoga ALLAH beri pahala syahid buatnya. Allah beri kekuatan buat ahli keluarganya. Semoga ALLAH beri ketabahan buat penduduk di sini. Kami bersama Masjid Jamek Yan dan Masjid di sini.

“Terima kasih AJK masjid di Yan. Terima kasih pihak kerajaan dan semua NGO dan penduduk kampung yang saling bantu membantu,” ujar beliau.