'Terkejut saya cikgu maklum gambar menang lagi dalam pertandingan..' - Syukor Khamis

A
A
A

BARU-BARU ini, sekali lagi dunia fotografi digemparkan dengan kemenangan foto Syukor Khamis dalam Imej Asia 2020 untuk bulan Ogos oleh Asian Geographic bagi kategori Orang/Jalanan.

Syukor yang juga dikenali Mowgli Malaysia itu merupakan watak utama dalam foto tersebut bersama kerbau kesayangannya bernama Tongkol.

Katanya kepada SinarPlus, dia terkejut ketika guru-guru di sekolah yang memberitahu tentang kemenangan foto itu.

"Sebelum itu, saya tidak tahupun... cikgu- cikgu yang maklum kat sekolah. Selepas itu Abang Yusuf ada maklumkan. Apapun saya sangat gembira dan bangga.

"Gambar saya dengan Tongkol itu dirakam oleh Yusuf Madi pada 16 Mac yang lalu. Kerbau yang paling besar itu juga turut memberi kerjasama," ujarnya.

Syukor juga mengalu-alukan orang ramai datang jika mahu bergambar bersama dia atau haiwan peliharaannya.

'Terkejut saya cikgu maklum gambar menang lagi dalam pertandingan..' - Syukor Khamis Sumber : FB Syukor Khamis - Kampong Boy

Menurut laporan sebuah media tempatan, foto itu menyaksikan Syukur Khamis berbaring di

atas seekor kerbau yang juga sedang terbaring dengan reaksi yang sarat dengan kisah serta emosi, berlatarkan sekumpulan kerbau lain.

Yusuf Madi berkata, dia bersyukur dan gembira kerana gambar yang merakamkan aksi model remaja itu terpilih sebagai pemenang bulanan bagi salah satu kategori yang disertainya.

Artikel berkaitan: Arina masih lemah dan jalani rawatan kemoterapi – Kanser medulloblastoma ‘usik’ saraf tunjang

Sementara itu, remaja berusia 15 tahun yang juga pelajar dari SMK Padang Midin, Kuala Terengganu ini menjadi perhatian kerana dilihat mampu'berkawan rapat' dengan binatang peliharaan ayahnya iaitu kerbau yang jumlahnya mencecah 100 ekor lebih.

Syukor dilihat langsung tidak kekok malah begitu bersahaja dengan reaksinya termasuk dia cuba berlaga tanduk dengan kambing peliharaan ayahnya.

Sebelum ini, foto unik Syukor bersama binatang peliharaan pernah mendapat tempat pertama dalam Asia Geographic -Image of Asia Photography Award 2018 oleh jurugambar profesional Mohd Nazri Sulaiman dan dinobatkan sebagai 20 gambar terbaik dunia dalam Pertandingan Fotografi Antarabangsa berprestij, Siena International Photo Awards 2018.

'Terkejut saya cikgu maklum gambar menang lagi dalam pertandingan..' - Syukor Khamis Foto FB Syukor Khamis- Kampong Boy

'Terkejut saya cikgu maklum gambar menang lagi dalam pertandingan..' - Syukor Khamis Foto FB Syukor Khamis - Kampong Boy

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca