"Thank you Ni, sebab sentiasa ada di sisi Sabri"

"Thank you Ni, sebab sentiasa ada di sisi Sabri"
"Thank you Ni, sebab sentiasa ada di sisi Sabri"
A
A
A

WAH, romantisnya! Itu ungkapan yang boleh digambarkan apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini meluahkan penghargaan terhadap isterinya.

Menerusi perkongsian di Facebook miliknya, beliau amat menghargai isterinya, Datin Seri Muhaini Zainal Abidin yang sentiasa berada di sisi ketika susah dan senang.

Ismail Sabri berkata, beliau mula berkawan dengan isterinya yang disapa Nani itu sejak berumur 19 tahun.

"Isteri saya seorang yang sentiasa ada di sisi saya sejak berkawan dengan dia daripada saya berumur 19 tahun.

"Saya menyertai politik pada tahun 1986, pada umur 26 tahun dan waktu tu kami baru saja mendirikan rumah tangga.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

ismail sabri

Kata beliau, isteri tercinta adalah seorang insan yang sangat simple.

“Nani adalah seorang yang sangat simple dan sentiasa tak mahu berada di bawah spotlight, sebab itu jarang sangat nampak dia.

"Thank you Ni, sebab sentiasa ada di sisi Sabri. Daripada Sabri tak ada apa-apa sehinggalah ke hari ni. Susah senang bersama," ujarnya.

Baca juga Mula Kerjaya Sebagai Peguam Di Usia 25 Tahun, Kini PM Ke 9 Malaysia

Ismail Sabri diumum sebagai Perdana Menteri ke sembilan Malaysia pada Jumaat lalu.

Jawatan nombor satu negara itu kini digalas beliau setelah perletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri ke lapan, Isnin lalu.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca