‘The best love story…’ Ustazah Asma’ Harun throwback kenangan awal perkahwinan curi perhatian ramai

“ASMA, pilihlah ustaz. Pergilah belajar dulu sampai Mesir, manalah tahu jumpa ustaz pengajian Islam.”

Itu perkongsian pendakwah bebas terkenal, Ustazah Asma’ Harun mengimbas kisah cinta sebelum mendirikan rumah tangga dalam sebuah video pendek di Instagram.

Bukan mudah rupanya untuk meyakinkan mak ayah mengenai calon suami pilihan Asma’ ketika itu.

Permulaan membuat pilihan calon suami, ternyata mak ayah pendakwah bebas itu tidak bersetuju.

Pada ketika itu, mereka mengharapkan calon menantunya juga dalam bidang agama, ustaz di dalam pengajian Islam.

Pendakwah wanita itu turut menyifatkan kisah cinta mereka cukup unik. Bermula tempoh istikharah, siasatan latar belakang dan berdoa, Asma’ menerima untuk bernikah tanpa mengetahui bagaimana orangnya.

Hati mula suka dan jatuh cinta, walaupun tak pernah berjumpa dan tak pernah tengok rupa. Asma’ juga mengakui bahawa dirinya yang mengusulkan pada suami untuk bernikah. Walaupun suaminya ketika itu agak risau kerana masih dalam pengajian sarjana.

“Kalau betul serius masuklah meminang, datanglah berjumpa mak ayah. Tak apa rezeki lain ALLAH akan bagi selepas nikah,” ceritanya.

Baca juga Suami curang, hubungan terlarang, wanita bujang jangan takut berkahwin- Ustazah Asma’

USTAZAH ASMA’

Keberanian suami Asma ketika itu, datang seorang diri naik bas dari Johor untuk datang berjumpa dengan mak ayah isterinya itu bagi meluahkan hasrat hati untuk berkahwin.

Ia sekali gus bagi meyakinkan kedua orang tua pendakwah ini yang awalnya kurang setuju dengan pilihan Ustazah Asma’.

“Bila dah nak sesuatu, kena bersungguh-sungguh,” ujar si suami mencelah.

Nyata usaha bersungguh-sungguh untuk bernikah, melembutkan hati kedua mertuanya berjaya apabila mereka menerima sekali gus merestui perkahwinan pasangan tersebut.

Ketika berumur 22 tahun, Asma’ mendirikan rumah tangga dengan suaminya, Tengku Fazli Tengku Yahya yang ketika itu masih merupakan pelajar Sarjana di Universiti Teknologi Malaysia dan bidang Kejuruteraan Kimia.

“Selepas berkahwin memang ALLAH uji susah, rumah kecil tiada dapur, tiada kereta hanya naik motor ketika sarat mengandung. Basuh baju guna tangan, beli mesin basuh selepas ada anak.

Baca juga Solat laju, tamakninah ‘ke laut’ seolah mencuri, Ustazah Asma’ Harun senaraikan 6 rahsia sembahyang khusyuk

“Ketika itu bukan mak ayah tak nak bantu, sebaliknya kami ingin berdikari.

“Memang mengimbau kenangan, suami masih belajar waktu itu dan saya masih baru balik Mesir, memang tak ada kerja dan hidup seadanya.

Iklan

“Alhamdulillah, ada ahli keluarga yang bagi pinjam duit untuk berbelanja. Semua barang adalah second hand orang bagi, peti ais, perabot,” ujar Asma’ yang kelihatan seronok apabila mengenang semula saat susah ketika membina keluarga.

Kini pasangan bahagia itu memiliki tujuh orang cahaya mata iaitu Atikah, Luqman, Maisarah, Imran, Sofwan, Raihanah dan Fatimah.

Perkongsian Asma’ itu meraih perhatian ramai. Rata-rata warga maya teruja dan seronok dengan cerita pasangan bahagia itu.

Berikut SinarPlus kongsikan antara komen tersebut:

“ALLAH… kahwin niat kerana ALLAH, Insya-ALLAH berkat. Betul ustazah, orsng perempuan ni nak sesuatu yang pasti dan tengok kesungguhan orang yang betul-betul nakkan dia bukan main tarik tali.”

“The best love story ni ustazah!”

Iklan

“Masya- ALLAH, sweetnya ustazah dengan ustaz.”

“Masya-ALLAH, comelnya. Semoga ustazah dan suami bahagia hingga ke Jannah di samping anak-anak tersayang.”

“Alhamdullilah… tumpang seronok dengar saling melengkapi kan.”

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!