[VIDEO] Tiada piza kerana oven rosak, kesabaran pekerja layan pelanggan raih perhatian warga maya
PERNAHKAH mendengar konsep pelanggan sentiasa betul atau customer is always right?
Mungkin ada segelintir yang merasakan diri mereka sentiasa ‘betul’ sebagai pelanggan tanpa memikirkan dahulu situasi dihadapi pihak penjual.
Rakaman video yang dirakam seorang pelanggan di sebuah restoran piza tular dan meraih perhatian warga maya.
Ia dipercayai dilakukan individu berkenaan susulan tidak berpuas hati kerana tidak dapat membeli piza yang dihajati.
Baca juga Pekerja Restoran Makanan Segera 'Naik Hantu', Baling Gunting Ke Arah Pelanggan Warga Emas
Menerusi video berdurasi tersebut, wanita terbabit bertanya berulang kali kenapa restoran berkenaan tidak dapat mengambil pesanannya.
Pekerja tersebut telah menerangkan bahawa ketuhar mengalami kerosakan menyebabkan restoran tersebut tidak dapat menyediakan dan mengambil pesanan pelanggan itu.
Situasi bertukar menjadi tegang apabila pelanggan tersebut terus bertanyakan tentang piza sama ada dijual atau tidak.
Kesabaran staf berkenaan teruji sabar menjawab soalan sama berulang kali daripada pelanggan itu.
Video tersebut mendapat perhatian netizen dan rata-rata meluahkan kecewa. Soalan bertali arus diaju walhal jawapan sudah dikemukakan pekerja berkenaan.
Malah, ada segelintir yang memuji kesabaran staf restoran berkenaan . Ternyata bukan senang untuk bersabar apabila diasak sebegitu rupa.
Sementara itu, laman sosial rasmi restoran berkenaan masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai hal itu.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang