Tidak lagi ulas berita sukan, Abu Bakar Atan tinggalkan TV3  

Tidak lagi ulas berita sukan, Abu Bakar Atan tinggalkan TV3  
Tidak lagi ulas berita sukan, Abu Bakar Atan tinggalkan TV3  
A
A
A

NAMA Abu Bakar Atan cukup sinonim dikaitkan dalam area sukan dek kerana beliau juga merupakan pengulas sukan sebuah stesen televisyen tempatan dan telah berkhidmat lebih sedekad.

Memiliki gaya ulasan tersendiri dan sentuhan ton suara menarik pastinya menjadi kekuatan beliau apabila tampil dalam segmen

Namun, ikon penyiaran sukan yang sering tampil dalam segmen sukan di stesen televisyen TV3 itu dilaporkan akan menamatkan perkhidmatan sebagai pembaca berita hari ini.

Perkara itu diketahui umum apabila rakan setugas beliau memuat naik ciapan di Twitter yang dikenali sebagai @mhazreenNewsMPB semalam beserta tiga keping gambar Abu Bakar ketika menyampaikan berita.

“Muka beliau mungkin biasa anda lihat di segmen sukan Buletin Utama.

“Tetapi esok (29 Disember 2020), bukan hari yang biasa buatnya.

“Esok hari terakhir ikon penyiaran sukan Abu Bakar Atan menjadi penyampai berita segmen sukan di Buletin Utama,” tulisnya.

Posting itu juga turut dihujani dengan komen warganet dan rakan penyiaran lain yang bertanya kemana perginya Abu Bakar atau mesra disapa Abang Burn setelah tidak lagi bersama TV3.

Menurut rakan setugas, Abang Burn difahamkan akan memegang satu jawatan lebih penting di tempat lain yang memerlukan komitmen tinggi yang menjadi penyebab beliau melepaskan jawatan dan bersara sebagai pembaca berita.

Di ruangan komen pula, rata-rata warganet meninggalkan ucapan selamat maju jaya di tempat yang baru dan mengakui populariti Abu Bakar Atan dalam menyampaikan segmen berita sukan akan sentiasa diingati dan akan dirindui.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca