PARA pemain bola sepak Johor Darul Takzim (JDT) sering mendapat liputan media lantaran pasukan itu dibarisi pemain hebat.

Selain daripada rekod permainan yang mengagumkan, kemudahan dan fasiliti yang selesa menjadikan kelab tersebut impian para pemain bola sepak profesional negara ini.

Justeru, para pemain perlu menunjukkan prestasi terbaik bagi mengekalkan kedudukan dalam perlawanan.

Baru-baru ini, pemain penyerang muda JDT, Muhammad Syafiq Ahmad membuat ciapan di laman Twitter.

“Seronok tengok kawan-kawan main bola.”

Susulan itu, difahamkanTunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim atau dikenali sebagai TMJ membuat kenyataan balas dengan memuatnaik Instastory di Instagram yang mencuri perhatian ramai.

”Ini kelab bola sepak, bukan social welfare. Siapa berlatih bagus dan kerja keras, dia akan main. Siapa tidak, dia tak main.

“Tak suka? Pintu terbuka. Ini bukan penjara, simple. Yang fans JDT pun tak tahu cerita terikut-ikut sentimen penyokong luar.

” Bayangkan piala ke-8 dan pencapaian kelab tak nampak dan hargai. Nak ajar saya uruskan kelab bola sepak, page-page bola yang kononnya expert pun sama.

” Loan lah player? Kau nak loan ke mana transfer window tutup.

” Oh minit permainan mustahak, pergi lah sertai PJ City. Setiap game dapat main. Dalam JDT siapa kerja keras dalam latihan dan beraksi baik dia akan main.

 

” Siapa nak cabaran dalam karier dan kejuaraan, sila datang ke JDT. Siapa nak minit permainan, sila sertai kelab lain.

” Tak ada orang paksa, semua pilihan atas tangan pemain. Masa buat keputusan join JDT pun anda dah tahu syarat dan policy kelab.

” Tahun lepas dan tahun sebelum itu kerap dapat main. Tetapi selepas insiden peristiwa pahit, kamu bukan pemain yang sama. Kami beri masa, sokongan dan monitor.

” Jikalau tidak puas hati atau setuju, sila jumpa, berbincang. Bukan tweet. Apa-apa pun, pintu sentiasa terbuka.

” Akhir kata, “Seronok tengok kawan-kawan main”. Main apa? Main bola. Nak main bola semua tempat boleh main bola.

Iklan

” Kalau nak main bola dan bunga api, come to JDT.

Tidak lama kemudian, Syafiq Ahmad dilihat membuat ciapan terbaru memohon maaf terhadap TMJ susulan ciapan awal beliau yang mendapat reaksi kurang senang TMJ.

Syafiq berkata beliau tidak sepatutnya bertindak mengikut emosi dengan membuat ciapan itu.

“Saya dengan rendah diri memohon maaf atas tweet yang mengikut perasaan saya semalam dengan rakan sepasukan, club dan terutama sekali Tunku Mahkota Johor yang banyak membantu saya selama ini di dalam dan di luar padang.

“Saya mengakui saya tidak sepatutnya mengikut emosi dan seharusnya berfikir di mana kesilapan saya selama ini,” ciap Syafiq.

Iklan

JDT adalah salah satu kelab yang paling bercita-cita tinggi di Asia Tenggara dengan kemudahan yang menyaingi beberapa pasukan terbaik di benua ini dan kejayaan sentiasa ada.

Pasukan itu telah memenangi tujuh gelaran Liga Super Malaysia berturut-turut, lima Piala Amal, Piala FA 2016, dua Piala Malaysia.

Paling manis ialah apabila JDT mencipta sejarah memenangi Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) pada tahun 2015.

Sumber: Twitter Syafiq Ahmad, JOHORSouthernTigers

Foto: @hrhcrownprinceofjohor