Tiga peniaga viral langgar SOP diberi pengurangan, kompaun RM50,000 ke RM2,000
PIHAK berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan semasa Perintah Kawalan Pergerakan.
Sebelum ini, tular kisah di media sosial kisah melibatkan tiga peniaga yang didakwa melanggar SOP sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Ketiga-tiga peniaga terbabit dikenakan kompaun sebanyak RM50,000 berikutan kesalahan yang dilakukan pada April lalu.
Dalam perkembangan terbaharu, kadar kompaun yang dikenakan kepada mereka telah diberikan pengurangan dan hanya perlu membayar sebanyak RM2,000.
Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan sudah menerima balik kes tersebut yang melibatkan kompaun berjumlah RM50,000.
Bagi peniaga burger dikompaun sebanyak RM2,000 mengikut garis panduan yang telah ditetapkan dan sama sekali tidak boleh dikurangkan berikutan ia merupakan kesalahan kedua.
Peniaga colek dan kedai runcit pula jumlah kompaun dikeluarkan RM2,000, namun masing-masing akan mendapat pengurangan sebanyak 50 peratus sekiranya membayar dalam tempoh tujuh hari dan dikurangkan lagi 50 peratus jika golongan B40.
Sekiranya dicongak pengurangan yang diberikan kepada dua peniaga berkenaan dan sekiranya layak serta membayar dalam tempoh ditetapkan, maka jumlah perlu dibayar hanyalah RM500 berbanding RM2,000.
Sebelum ini, ketiga-tiga peniaga tersebut didakwa beroperasi lebih masa ketika tempoh PKP dan dikenakan kompaun.
Semoga perkara sedemikian menjadi iktibar buat kita agar mematuhi SOP dalam tempoh PKP.
Sama-samalah mendisiplinkan diri melakukan kawalan kendiri dan memakai pelitup muka ketika berada di tempat awam. Kurangkan pergerakan di luar rumah, menjaga kebersihan diri dan elak menghadiiri perhimpunan ramai. #kitajagakita
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang