TAHNIAH diucapkan buat pasangan pempengaruh Aisyah Hijanah dan Alif Teega yang selamat menyambut kelahiran anak ketiga mereka baru-baru ini.

Lebih manis lagi, bayi perempuan berkenaan yang dilahirkan secara normal itu disambut sendiri oleh Alif di sebuah pusat perubatan di Seri Kembangan, Selangor.

Berkongsi berita gembira kepada 1.5 juta pengikutnya di Instagram, Aisyah menzahirkan rasa syukur di samping menyifatkan kehamilan yang dilalui sangat luar biasa. Bahkan, cabaran dilalui ketika mengandung juga dipermudah hingga beliau mampu melakukan aktiviti lasak.

Baca juga: Pindahkan 100% harta sepencarian atas nama Aisyah Hijanah, Alif Teega belajar banyak perkara. ‘Doakan Alif’

Baca juga: ‘Jangan hancurkan sebab amarah, lindungi hak.’ Aisyah Hijanah pemilik 100% harta sepencarian dengan Alif Teega

“One thing that I’m really waiting for is to meet this amazing baby. Ever since the first day of my pregnancy, this little angel has always been my strength.

“Dari awal memang Aisyah tidak mengalami alahan langsung. Muntah tiada, pening pun tiada. Seolah-olah tidak hamil. Even kerja pun macam orang biasa.

“I still remember the days I did live sessions for TikTok everyday. I don’t know where the strength came from, but this little baby is the strongest. Semasa hamil tujuh bulan mendaki puncak dekat Pulau Rawa manakala ketika lima bulan naik jet ski di Langkawi . Malah ketika lapan hingga sembilan bulan Aisyah masih boleh bekerja di pesta buku. Alhamdulillah. Satu rahmat ALLAH Aisyah dan bayi diberi kekuatan. One day, I’m gonna tell her how amazing she is. Truly a fighter!” titipnya.

Baca juga: 5 bulan hamil bayi dalam kandungan kecil dari usia, Aisyah Hijanah minta beri ruang. ‘Doakan semuanya baik-baik’

Baca juga: ‘Baby kali ini sangat kuat, tiada alahan’. Aisyah Hijanah kongsi kehamilan anak ketiga mudah, mohon doa proses kelahiran lancar

Pemilik jenama Hijanah itu turut mengenang momen diuji janin kecil daripada usianya ketika kandungan memasuki lima bulan.

Disahkan mengalami situasi dipanggil intra-uterine growth restriction impak daripada pergolakan hubungannya dengan suami, demi si kecil beliau bangkit mengubah pemakanan dan kesihatan mental dengan sokongan orang sekeliling.

Baca juga: Wanita bersalin dalam lori tengah highway, bayi tak bergerak. Doktor lalui detik cemas beri khidmat terbaik

“The moment I knew her size was too small and under the range, I was totally frustrated. I kept eating healthy food as much as I could, balancing my mental health even though it was so tough.

“Alhamdulillah, I had many supporting friends, masya-ALLAH, tabarakallah! Aisyah sangat menghargai doa yang baik-baik dan segala motivasi daripada semua. Semoga ALLAH membalas dengan kebaikan yang lebih besar buat semua,” kongsinya.

Menerusi Insta Story, pempengaruh berusia 26 tahun itu turut berkongsi foto bayinya yang dikatakan seiras anak sulungnya.

Baca juga: Aisyah Hijanah dimadu ketika hamil 5 bulan, anggap suami pinjaman ALLAH, ujian terhadap doa syurga tanpa hisab

Iklan

baca juga: Influencer Aisyah Hijanah ucap syukur berjaya miliki kereta Porsche, harga hampir RM1 juta

“Alhamdulillah. Pipi macam Khadeejah dulu. Semoga menjadi anak yang mudah dijaga, tajam akal dan dikurniakan rezeki yang baik dunia akhirat,” titipnya.

Menjengah ke ruangan komen, warga maya tidak melepaskan peluang mengucapkan tahniah dan mendoakan Aisyah dan si kecil dikurniakan kesihatan yang baik. Ujar mereka:

– “Alhamdulillahh syukur baby dan Aisyah semua okay. Selamat berpantang”

– “Semoga menjadi zuriat penyejuk mata. Tahniah.”

– “You too, truly a fighter, Aisyah. Semoga anakanda membesar dengan sihat dan menjadi wanita solehah seperti bondanya.”

Iklan

– “Selamat berpantang Aisyah.Strong mum strong baby, inspirasi kami semua.”

Untuk rekod, Aisyah dan Alif mendirikan rumah tangga pada tahun 2017 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Kadeejah Hijanah, 3, dan Muhammad Hassan Syarif, setahun.

Baru-baru ini, pasangan itu menjadi perhatian susulan tindakan Alif berkahwin kali kedua secara rahsia di Thailand.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!