ISU pemindahan harta sepencarian pasangan influencer Aisyah Hijanah Azhari, 25, oleh suaminya, Mohd Hazalif Mohd Hazani, 29 atau lebih dikenali sebagai Alif Teega mengejutkan orang ramai.

Dalam hantaran di Instagram, bapa kepada dua cahaya mata itu berkongsi berita berkenaan sekali gus mengesahkan apa yang berlaku.

Ujar Alif, meskipun telah menyerahkan segala aset hasil titik peluh bersama kepada isteri pertama, beliau akan terus membantu dan berada di belakang.

“Alhamdulillah, haza min fadhli Rabbi. Hari ni Alif buat keputusan untuk memindahkan segala aset dan harta sepencarian sepanjang perkahwinan Alif dan Aisyah.

“Alif pindahkan semuanya atas nama Aisyah. 100 peratus buat Aisyah. Syarikat @hijanahofficial, rumah, kereta dan lain-lain semuanya atas nama Aisyah.

“Insya-ALLAH, Alif akan sedaya upaya bantu di belakang. Usaha sehabis baik untuk terus majukan @hijanahofficial guide Aisyah untuk terus bawa Hijanah ke depan lagi. Dan Alif yakin Aisyah mampu untuk lead Hijanah sepenuhnya,” ujarnya.

Susulan apa yang berlaku , Alif mengakui mengambil iktibar di samping mengakui Aisyah adalah isteri yang baik dan menjalankan tanggungjawab.

“Apa yang berlaku telah mengajar Alif banyak perkara. Subhanallah, Aisyah menjalankan tanggungjawab dia sebagai isteri dengan baik hingga sekarang dan juga membantu Alif menjadi seorang suami yg lebih baik. Doakan Alif,” titipnya.

Baca juga: ‘Jangan hancurkan sebab amarah, lindungi hak.’ Aisyah Hijanah pemilik 100% harta sepencarian dengan Alif Teega

Baca juga: Aisyah Hijanah dimadu ketika hamil 5 bulan, anggap suami pinjaman ALLAH, ujian terhadap doa syurga tanpa hisab

Baca juga: 5 bulan hamil bayi dalam kandungan kecil dari usia, Aisyah Hijanah minta beri ruang. ‘Doakan semuanya baik-baik’

Terdahulu Alif memuat naik gambar dipercayai upacara akad nikah dan mengaku telah berkahwin kali kedua ketika wanita itu hamil lima bulan.

Untuk rekod, Aisyah dan Alif mendirikan rumah tangga pada tahun 25 November 2017. Pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Kadeejah Hijanah, 3, dan Muhammad Hassan Syarif, setahun.

Harta sepencarian ialah harta atau hasil pendapat yang sama-sama dicari oleh pihak-pihak yang terlibat termasuk suami, isteri atau anak-anak termasuk anak sendiri, anak tiri, anak angkat yang sama-sama bertungkus-lumus berusaha untuk mendapatkannya.

Iklan

Baca juga: 15 info tuntutan mutaah & harta sepencarian wanita bercerai berhak dapat daripada bekas suami

Baca juga: Bekas suami tuntut harta sepencarian atas rumah milik isteri, ini jawapan peguam syarie tentang tuntutan itu

Sementara hak agihan harta ditentukan berdasarkan mengikut kadar sumbangan dan penglibatan oleh pihak-pihak berkenaan dalam menghasilkan harta-harta tersebut.

Jika suami menceraikan isteri tanpa ada sebarang kesilapan di pihak isteri, suami mestilah memberi nafkah selama tiga bulan dan semua harta sepencarian perlu dibahagikan.

Iklan

Sumber: Alif Teega, JAKIM, JKSM

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!