Tuah badan, burger abang hero MBJB terajang peragut laku keras!

A
A
A

SIAPA sangka video seorang pemuda menangkap peragut yang tular di media sosial kini mendatangkan tuah buat dirinya.

Tuah menyebelahi Shazrin Hafeez Fadzlan apabila perniagaan burger yang dilakukan secara sambilan kini dilaporkan ‘diserbu’ orang setiap hari.

Memetik laporan portal media tempatan, Pembantu Penguatkuasa Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) berusia 26 tahun itu berkata, sepanjang menjalankan perniagaan di Jalan Angegrik 40, Taman Johor Jaya sejak tiga tahun lalu, belum pernah gerai burgernya mendapat sambutan hangat seperti malam, semalam.

“Saya berniaga burger sebagai pendapatan sampingan, bermula pada pukul 7 petang hingga 11.30 malam. Kebiasaannya, boleh jual antara 60 hingga 70 biji burger sehari namun semalam saya menjual lebih 200 biji burger.

"Saya tidak sangka video kejadian itu tular dengan pantas di media sosial dan saya amat berterima kasih dengan sokongan ditunjukkan orang ramai. Sekiranya saya berpeluang melakukan perkara sama pada masa depan, saya tidak akan teragak-agak untuk membantu masyarakat," katanya.

Selasa lepas tular di media sosial mengenai video memperlihatkan tindakan berani Shazrin Hafeez bergelut dengan seorang peragut di tempat meletak kenderaan di Jalan Austin Height 8/9, Taman Mount Austin.

Tuah badan, burger abang hero MBJB terajang peragut laku keras!

Mengulas mengenai kejadian itu, Shazrin Hafeez berkata, ketika itu dia sedang menjalankan tugas memeriksa petak letak kenderaan berkupon sebelum terdengar jeritan seorang wanita meminta tolong.

“Sebaik menoleh ke arah jeritan itu, saya ternampak peragut tersebut terjatuh daripada motosikalnya ketika cuba melarikan diri.

"Tanpa berfikir panjang, saya terus meluru ke arah peragut tersebut dan berusaha untuk menahannya. Tindakan itu adalah automatik tanpa mengambil kira risiko yang mungkin berlaku.

"Mujur orang awam yang berada di sekitar turut datang membantu menahan peragut tersebut," katanya yang mengalami kecederaan kecil pada tangan kanan akibat pergelutan itu.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca