Tular Dhabitah guna pencuci muka lelaki, ramai tampil setuju elok untuk kulit
NUR Dhabitah Sabri, secantik nama dan sememangnya dikenali ramai sebagai atlet terjun negara yang tidak pernah lekang dengan senyuman mengiringi setiap terjunan hebat dalam kejohanan yang disertainya.
Lagi menaikkan namanya apabila anak kelahiran Kuala Lumpur itu hampir mendapat pingat namun terpaksa akur di kedudukan keempat saingan akhir 3 meter (m) papan anjal wanita individu setelah mengumpul 326.15 mata selepas lima pusingan di sukan Olimpik Tokyo 2020 baru-baru ini.
Biarpun terlepas peluang menyumbangkan pingat buat negara, aksi Nur Dhabitah tetap mencuri tumpuan ramai sehingga menjadi 'trending' di media sosial.
Terbaharu, tular pula sekeping foto memaparkan gadis comel itu memakai sut renang bewarna hijau sambil melambaikan tangan dan tersenyum lebar.
Namun apa yang mencuri perhatian ramai menerusi foto tersebut, Dhabitah kelihatan sedang memegang air minuman, krim kulit serta pencuci muka di sebelah tangan kirinya.
Jangan lupa follow kami di Instagram!
Ternyata ramai warga maya terkejut dan seolah-olah tidak percaya atlet wanita itu menggunakan produk pencuci muka khas untuk kaum lelaki.
Menjengah ruangan komen, rata-rata mereka mengatakan pembersih muka tersebut digunakan untuk membilas wajah sebaik sahaja melakukan terjunan.
Malah, ramai pula bersetuju dan mengakui pernah menggunakan produk yang sama dan kesan pada kulit muka sangat baik.
Ada juga yang berpendapat barangkali Dhabitah menggunakan produk itu bertujuan tertentu dan mereka mengaitkan aktiviti sukan yang membuatkannya terdedah dengan air klorin.
Kata mereka;"Tengok jela dia dah hari-hari celup muka dengan air klorin, pakai skin care women yang lembut effect cam apo, that's why use men skin care i guess."
"Yela dia selalu berpeluh, melekit apa semua, pakai cleanser tu memang fresh sangat muka. Siapa yang pernah rasa ye tahu."
Baca juga [VIDEO] Padah tanggal gelang pink kuarantin di media sosial, wanita dikompaun RM5,000
"Saya dengan abah pun kongsi pencuci muka ni. Seriously sangat best untuk kulit muka berminyak."
"Pernah guna. Memang best. Rasa mint kat kulit."
"Sometimes bila pencuci muka habis, saya rembat adik punya cleanser for men. Flawless weh!"
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang