KISAH wanita yang terpaksa berputih mata kehilangan kereta baru dibeli tiga bulan susulan bencana banjir mendapat perhatian ramai.

Nuarjan Sulaiman, 36, pasrah kereta Perodua Bezza yang dibeli menggunakan duit yang dikumpulkan selama lapan tahun dia bersama suami dihanyutkan arus deras di Kampung Sungai Lui, Batu 19, Hulu Langat.

Selepas banjir surut, kenderaan itu ditemui tersadai 100 meter dari lokasi asal bersama timbunan kereta lain yang turut dihanyutkan semasa kejadian itu.

Keadaan kenderaan itu rosak teruk yang mana bonet belakang dan salah satu cermin sisi tercabut.

Baca juga: Rasa Seperti Tertidur Satu Jam, Berikut Kronologi Kejadian Remaja Hilang 30 Jam Di Gua Musang

Nuarjan yang masih tersenyum dalam paparan video tular itu menyentuh hati warga maya.

Bagaimanapun kesabaran dia dan keluarga berbuah manis apabila menerima sumbangan kereta daripada syarikat kereta terpakai.

Menerusi temu bual Selangor TV, kereta jenis Proton Saga itu disumbangkan bagi meringankan bebanan Nuarjan sekeluarga.

Nuarjan menyatakan perasaan seolah tidak percaya, terharu dan gembira menerima pemberian kenderaan berkenaan.

Baca juga: “Awak sudah jaga dia, bab duit biar saya usaha.” Tindakan lelaki beri nafkah tinggi untuk anak dipuji

“Gembira sangat, saya hendak ucapkan terima kasih kepada Carsome kerana sudi beri kereta kepada saya sekeluarga.

“Memang ini rezeki anak-anak. Anak-anak masih belum tahu lagi.

“Mereka asyik tanya mana kereta Abah, mereka tidak tahu saya dapat kereta ini,” katanya yang ingin memberikan kejutan buat permata hatinya.

Selain itu, Nuarjan berasa sedih dan terharu atas kesudian orang ramai menitipkan doa buat dia sekeluarga.

“Saya terharu dan sedih ramai rakyat Malaysia mendoakan. Ini adalah rezeki,” kata Nuarjan menitiskan air mata.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by jentikhati™ (@jentikhati)

Iklan

Warga maya menyatakan kegembiraan melihat wanita itu menerima sumbangan kenderaan.

Tidak kurang juga memuji Nuarjan yang reda setelah diuji hebat ketika banjir baru-baru ini.

– “Aku suka dia kena musibah pun dia boleh gelak reda dengan musibah banjir. Syukur ada orang bagi kereta.”

– “Tuhan tunjukkan hikmah reda. Alhamdulillah gembira untuk kakak ini sekeluarga.”

– “Rezeki untuk kakak ini sekeluarga. Hebatdia masa diuji boleh senyum lagi. ALLAH balas kesabaran dia dengan rezeki lain.”

Iklan

– “Alhamdulillah, syukur kita dilahirkan di Malaysia yang penuh dan kasih sayang sesama rakyat.”

– “Alhamdullah rezeki walau kereta terpakai dapatlah meringankan beban dan buat familinya tersenyum.” 

– “Teringat temu ramah kakak ini dulu, tabah dan reda sungguh dia, padu sangat.”

@selangortv Kisah duka mangsa banjir, Nuarjan Sulaiman yang kehilangan kereta baharunya akibat banjir mendapat perhatian syarikat kereta terpakai #beritaditiktok ♬ original sound – SelangorTV

Baca juga: Setelah 6 Tahun, Kini Laluan Dibuka Untuk Orang Ramai. 9 Fakta Berkaitan Lebuh Raya Tertinggi Di Malaysia

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Sumber: TikTok Selangor TV