LAZIMNYA pertikaian mengenai tuntutan nafkah anak menjadi perkara yang tidak berkesudahan bagi sesetengah pasangan suami isteri yang berpisah.

Sama ada nafkah diberikan dalam jumlah yang tidak setara atau diabaikan terus.

Ia realiti yang pahit menyebabkan ibu-ibu terpaksa membesarkan anak-anak sendirian selepas penceraian.

Bagaimanapun, tidak semua golongan lelaki begitu. Masih wujud lelaki budiman yang cakna akan tanggungjawabnya terhadap anak selepas berpisah.

Salah seorang ialah seorang guru, Hanif Malek yang mana perkongsiannya mengenai nafkah anak tular di sebuah grup laman sosial baru-baru ini.

Sebagai bapa, dia telah memberikan nafkah lebih tinggi supaya haknya terpelihara.

“Kita ni jadi ayah, bagi nafkah kat anak biar tinggi.

“Sampai bekas isteri dengan peguam pun tidak berani hendak sebut apa-apa fasal nafkah anak dengan kita.

“Sampai tiada siapa berani pertikaikan tanggungjawab kita.

“Bagi tinggi tapi rekod, update dalam fail. Setakat hak jagaan, hak melawat ini picisan bagi saya. Yang penting anak itu terjaga,” titipnya di Facebook.

Hanif turut memuat naik bukti pembayaran yang terdiri daripada rakam layar perbualan dengan bekas isterinya di aplikasi WhatsApp.

Walaupun bukan lagi sebumbung, lelaki itu menghargai bekas isterinya dan berterima kasih kerana menjaga anak mereka.

Baca juga: Suami, bekas suami culas bayar nafkah akan disekat akaun bank, 8 fakta yang perlu diketahui

Malah, dia dengan suka rela ingin menguruskan bab perbelanjaan zuriatnya.

Rata-rata warga maya terharu dengan tindakan bapa berkenaan. Mereka memuji sikapnya sebagai bapa yang bertanggungjawab.

Iklan

– “Saya sangat respect pada ayah-ayah yang tidak culas bayar nafkah anak-anak. Cara mesej dengan bekas isteri ini buat saya tersentuh. Semoga murah rezeki tuan.”

– “Ini baru betul-betul lelaki, walaupun dah berpisah nafkah anak lengkap.”

– “Bagus kalau semua bapa berfikiran begini, terjamin hidup anak. Apabila sudah besar anak mesti tidak boleh nafikan jasa tuan ini. Alhamdulillah moga harmoni sentiasa.”

– “Semoga membuka mata bapa-bapa yang culas.”

– “Beruntunglah kalau begini. Ada yang berpisah sejak anak kecil sampai dewasa tidak menerima satu sen wang nafkah. Kita minta pun diibaratkan mengemis.”

Iklan

Untuk pengetahuan semua, tanggungjawab nafkah anak terletak kepada bapa kandung.

Jika bapa tiada, tanggungan berpindah mengikut susunan tertib wali.

Selepas penceraian, walaupun isteri mendapat hak jagaan anak, secara asasnya bekas suami iaitu bapa kandung kepada anak tersebut masih bertanggungjawab untuk menyediakan nafkah. Ia perlu diberikan sehingga si anak berusia 18 tahun melainkan diperintahkan sebaliknya oleh mahkamah.

Baca juga: Culas bayar nafkah anak, satu tindakan yang tidak bertanggungjawab. Kegagalan itu dianggap sebagai hutang!

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Sumber: Hanif Malek, peguamsyarie.com.my