Tular wanita bersalin sendirian di HSI, TMJ beri amaran

Tular wanita bersalin sendirian di HSI, TMJ beri amaran
Tular wanita bersalin sendirian di HSI, TMJ beri amaran
A
A
A

BARU-BARU ini tular di laman sosial seorang wanita mendakwa melalui proses bersalin secara bersendirian di dewan bersalin Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor pada 31 Julai lalu.

Wanita tersebut terpaksa bersalin seorang diri di bilik pengasingan khas untuk ibu hamil positif Covid-19 di HSI selepas usaha meminta bantuan kakitangan hospital dikatakan tidak dilayan.

Susulan itu, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ), Datuk Dr Aman Rabu berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan terperinci mengenai perkara tersebut.

Dr Aman dilaporkan berkata, wanita berusia 36 tahun itu mengandung anak keempat dengan usia kandungan 39 minggu hadir ke bilik saringan pada pukul 5.33 pagi, 23 Julai lalu kerana mempunyai tanda awal bersalin.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

TMJ balas komen anak tiri Siti Nurhaliza di Instagram, nasihat ‘deep’ buat warganet tersentuh

Dalam pada itu, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim tampil bertitah bahawa kejadian seumpama itu tidak sepatutnya berlaku.

Titah baginda, pihaknya telah menerima laporan berhubung perkara itu dan individu berkenaan telah diberikan peringatan dan amaran.

"Saya telah menerima laporan dari JKNJ dan melihat kenyataan JKNJ.

Baca juga [VIDEO]Penghulu Marah Individu Langgar Kuarantin Curi Tumpuan, 2.2 Juta Tontonan

"Pihak-pihak tertentu akan diberikan peringatan dan amaran supaya memastikan keselamatan dan keselesaan para pesakit sentiasa dijamin.

"Perkara-perkara yang tidak diinginkan seperti ini tidak patut berlaku lagi," titah TMJ dalam satu ciapan di laman Twitter miliknya, semalam.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca