Tunggu anak 'shopping' baju lama sangat, tindakan spontan ibu ini bikin dekah ramai

Tunggu anak 'shopping' baju lama sangat, tindakan spontan ibu ini bikin dekah ramai
Tunggu anak 'shopping' baju lama sangat, tindakan spontan ibu ini bikin dekah ramai
A
A
A

Tunggu anak 'shopping' baju lama sangat, tindakan spontan ibu ini bikin dekah ramai

WANITA jika sebut jer 'shopping' mesti sinonim sangat. Kalau dah masuk kedai baju atau tudung, boleh lupa dunia dibuatnya.

Itu belum lagi masuk ke kedai 'saka' seperti Eco-Shop, MR DIY atau Daiso, macam tak mahu keluar gayanya.

Seperti yang terjadi kepada seorang wanita ini. Dek kerana lama sangat shopping, dia merakam gelagat ibunya yang lama menunggu di luar kedai.

Menerusi video yang dikongsi di laman TikTok miliknya @nxraly273[VIDEO], dilihat seorang wanita warga emas duduk bersila di hadapan kedai.

Apa yang berjaya mencuri perhatian warganet ialah apabila wanita itu menyamar seperti peminta sedekah.

Wanita yang juga ibunya itu dilihat spontan berlakon menjadi seorang peminta sedekah sambil membuat isyarat seakan-akan meminta air minuman dan juga makanan.

Aksinya yang selamba sahaja duduk di hadapan kedai itu berjaya mencuit hati anaknya.

Apabila sedar bahawa gelagatnya itu dirakam, wanita itu terus tergelak malu.

Baca juga Kejamnya, kanak-kanak OKU maut di tangan ‘boyfriend’ ibu, disumbat dalam guni, buang dalam semak

Ibu bapa nyanyuk Gambar fail.

Telatahnya itu sekali gus mengundang dekah ramai. Menjengah ruangan komen, warganet terhibur melihatnya dan memahami apa yang mak cik itu rasa.

Ujar mereka;

"Sungguh laa mak cik ni buat hal lah. Kalo mak aku lah buat lagu ni... Terus tak jadi shopping. Moh ler kite balik ye mak."

"Ku ingatkan betul-betul... adoii la sakit perut gelak, mak cik ni kelakau la."

"Alaaaaa.. Sempoi la mak cik.. sporting habis... Saya terhibur tau."

Baca juga 2 model vakum tanpa wayar ACER mudahkan kerja ibu-ibu membersih di sudut ruang dengan mudah

"Ya ALLAH, comelnya lah mak cik. Kalau mak saya, dia dah hilang tah kemana. Kita yang gelupur nak cari dia."

"Kelakar ar makcik sempoi je mesti tak kering gusi anak-anak... ada je haha."

"Weh aku baru cakap ALLAH kesian mak cik ni... tiba-tiba mak cik ni gelak adui."

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca