[VIDEO] Untungnya pegawai keselamatan ini tak sangka dapat 'hadiah' daripada menteri

A
A
A

UNTUNGLAH nama sama, kan?

Seorang pengawai keselamatan yang berkhidmat di Parlimen tidak menyangka menerima 'hadiah' daripada Menteri Luar Negeri yang kebetulan berada di bangunan itu untuk sesi sidang dewan.

Perkongsian video berdurasi 18 saat dalam akaun Instagram milik Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein itu tular dalam media sosial sehingga menerima lebih 80,000 tontonan.

nametag menteri

Tak kurang juga ada lebih 450 komen yang rata-rata 'mencemburui' hadiah berupa tanda nama yang diberikan secara spontan.

Terserempak dengan pegawai keselamatan nama Hisammuddin kat Parlimen tadi ? So saya pun hadiahkan nametag "Hisham" milik saya kepada beliau ?

Terima kasih Hisammuddin, semoga dipermudahkan urusan dalam menjalankan tugas!

nametag hishammuddin

Rata-rata warganet menyifatkan Ahli Parlimen Sembrong itu seorang pemimpin yang baik dan sentiasa rendah diri.

Tak kurang juga memuji kebaikan anak Tun Hussein tidak kira siapa dan di mana jua beliau berada.

Wahhh untungnya...

A simple gesture yet have thousands meanings. A true leader. ???

Wow!! I'm sure today will definitely be his luckiest day on duty.. ??

Pheewwww stedy la dato? bagus pemimpin mesra macam ni,amiinn yaMujib moga doa dato itu berbalik pada dato juga...

Semua kakitangan parlimen pegang watak penting dari ahli parlimen sampai ke pegawai keselamatan.

Awwww, he will somehow told the stories down to his generation.

Bagus juga ada pemimpin humble seperti ini. Bila jumpa, dapat salam dan balas senyuman pun dah cukup bagi rakyat marhaen. Betul, kan?

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hishammuddin Hussein (@hishammuddinhussein) on

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca