Ustaz Ebit ziarah keluarga arwah Siti Nur Surya, kongsi kisah Nabi Yusuf

Ustaz Ebit ziarah keluarga arwah Siti Nur Surya, kongsi kisah Nabi Yusuf
Ustaz Ebit ziarah keluarga arwah Siti Nur Surya, kongsi kisah Nabi Yusuf
A
A
A

LIMA hari lalu, negara kita digemparkan dengan tragedi pembunuhan kejam Siti Nur Surya Ismail.

Turut tidak dapat menahan kesedihan mendengar kisah berkenaan, penceramah dan pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew bergegas menziarahi keluarga mangsa di Terengganu semalam.

Kongsi beliau di laman media sosial miliknya;

"Sayu pilu sangat rasa hati perginya adik Siti Nur Surya Sampai jer rumah mereka.

"Ayahnya terus datang peluk saya menangis. Terharu ustaz hadir ke sini. Saya pun tak tahan rasa sedih. Ya Allah.

"Saya tak dapat lupa ustaz. Air mata asyik mengalir jer cerita tentang arwah. Arwah anak baik.

"Beliau selepas SPM sentiasa jaga maknya yang sakit kanser. Boleh urus seorang diri dibantu adik perempuannya tingkatan 3.

Baca juga Ini kronologi pembunuhan kejam remaja ditetak, dikelar dan putus tangan

"Sanggup korban belajar sebab nak jaga mak dekat rumah. Mandikan dan uruskan mak nya sentiasa. Maknya kenal saya. Katanya selalu tengok saya walau dalam keadaan tak sihat.

"Beratnya ujian mereka," tulisnya.

Ustaz Ebit ketika lawatannya itu juga memberitahu beliau sempat bercerita mengenai kisah Nabi Yusuf as dan pada masa yang sama turut menyampaikan sumbangan kepada keluarga arwah.

"Semoga Allah beri kekuatan buat seluruh ahli keluarga," doanya.

Rata-rata pengikut dan warganet mengucapkan terima kasih kepada Ustaz Ebit bertindak sedemikian dan perkongsian tersebut telah mendapat lebih 5,000 shares di Facebook.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca