Van berderetan bawa 47 jenazah, situasi tanah perkuburan menyedihkan buat ramai sebak

A
A
A

KES baharu Covid-19 di Malaysia tidak menunjukkan trend penurunan malah makin meningkat dengan drastik.

Sejak 13 Julai, kes positif Covid-19 melonjak ke lima angka di mana yang tertinggi ialah 13,215 kes pada 15 Julai.

Sejumlah 6,728 kematian direkodkan sehingga 16 Julai 2021 akibat wabak ini dengan lebih 100 pesakit meninggal dunia setiap hari sejak 13 Julai lalu.

Pastinya dalam ribuan kematian, ramai yang sudah kehilangan orang tersayang seperti pasangan, ahli keluarga, adik beradik dan sahabat handai akibat jangkitan virus maut ini.

Paling menyedihkan ialah perkongsian video dirakam agensi berita Bernama yang memaparkan deretan van jenazah yang membawa mangsa Covid-19 ke tanah perkuburan Tanah Perkuburan Seksyen 21, Shah Alam semalam.

Suasana berbeza dirasakan di tanah perkuburan tersebut . Waris-waris jenazah yang hadir kelihatan berada di tepi-tepi jalan membaca ayat suci al-Quran untuk disedekahkan buat mereka yang telah pergi buat selama-lamanya.

Menerusi video yang dikongsi pengguna TikTok @fadlicy, van jenazah berderetan menunggu giliran untuk menurunkan jenazah untuk dikebumikan.

Difahamkan 47 jenazah yang meninggal dunia akibat kerana Covid-19 melalui proses pengebumian ketika itu melibatkan 23 buah van jenazah.

@fadlicyKita jaga Kita ##covid19 ##staysafe ##stayathome ##tiktok ##tiktokin ##fyp

♬ original sound - ?hary luthfi? - Luthfia _ azzahra

“Ya ALLAH, Engkau tempatkanlah mereka di taman-taman syurgaMu.

Semoga roh mereka ditempatkan bersama para solehin,” tulisnya.

Para netizen meluahkan kesedihan dan simpati dengan situasi itu dan mendoakan kesejahteraan mereka yang terkorban.

“Terasa kehilangan orang tersayang kerana Covid ini. Pilu semalam kehilangan ahli keluarga macam tak percaya.”

“ALLAHU. This feels so wrong. Takziah untuk keluarga Allahyarham/Allahyarhamah. Aku rasa sangat sakit tengok video ni. Apalagi mereka yang mengalami.”

“Semoga roh-roh mereka yang sudah pergi meninggalkan kita dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman.”

“Kalau masih tak sedar and sibuk nak rebut kuasa aku tak tahu nak cakap apa. Bukan seorang yang meninggal dalam video ini.”

“Sungguh menyayatkan hati, mudah-mudahan ALLAH tempatkan mereka ditempat yang baik.”

Tanah perkuburan berkenaan dijadikan sebagai tempat pengkebumian pesakit Covid-19 dari Hospital Shah Alam, Klang dan Pusat Perubatan Universiti Malaya.

Sumber: Bernama, @fadlicy

Foto: Astro Awani

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca