SEJAK akhir-akhir ini nama Veveonah Mosibin sering disebut-sebut setelah kisahnya yang memanjat pokok untuk mencari capaian internet bagi menduduki peperiksaan tular di laman sosial.

Kisahnya juga turut baru-baru ini mendapat perhatian ahli dewan Parlimen sehingga berlaku beberapa perselisihan faham antara dua pihak.

Penuntut Universiti Malaysia Sabah itu kini berbangga selepas menerima jemputan makan malam bersama Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam.

Menyifatkan Perdana Menteri sebagai seorang yang rendah diri dan mengagumkan, Veveonah menerusi hantarannya di Instagram berkata, jemputan itu merupakan satu penghargaan daripada pemimpin nombor satu negara itu.

”Stay awesome!!!! It was such an honor for me&my parents to be invited to have dinner with Tan Sri Muhyiddin Yassin, 8th Prime Minister of Malaysia. He is such a humble and amazing person. Thank you so much, Tan Sri. (Hebat!!! Ia satu penghormatan bagi saya dan ibu bapa saya untuk dijemput ke majlis makan malam bersama Perdana Menteri Malaysia kelapan Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau seorang yang merendah diri dan luar biasa. Terima kasih banyak-banyak),” menurut hantaran itu.

Melalui hantaran itu Veveonah juga memuat naik sekeping gambar bersama Muhyiddin sebagai kenang-kenangan.

Melalui gambar tersebut juga dapat dilihat Muhyiddin berswafoto dengan mengikut gaya yang dilakukan oleh Veveonah dengan meletakkan dua jari di bahagian dagu yang sering dilakukan anak muda hari ini yang dianggap ‘ala hipster’.

Ternyata PM kita sangat sporting!

Iklan

Terdahulu, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin, dalam Sidang Dewan Negara berkata, isu Veveonah yang terpaksa memanjat pokok untuk mendapatkan capaian internet bagi menjawab peperiksaan hanyalah untuk rancangan YouTube pelajar berkenaan.

Bagaimanapun selepas mendapat kecaman pelbagai pihak, beliau memohon maaf kepada Veveonah dan mendakwa pihaknya menerima laporan yang kurang tepat.

Iklan

Beliau mendakwa menerima maklumat berkaitan Veveonah yang terpaksa memanjat pokok untuk mendapatkan capaian Internet daripada Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Abd Rahim Bakri yang juga ahli Parlimen Kudat.

Abd Rahim kemudian tampil menjelaskan beliau mendapat maklumaat itu daripada laporan pegawai lapangan di daerah Pitas.