BAYANGKAN, apa perasaan anda sekiranya sebelah selipar hilang secara misteri setiap hari?

Bukan sekali dua isu ‘kecurian’ itu terjadi dan kalau berlaku terlalu kerap, boleh menimbulkan tanda tanyakan?

Memanglah jika dibandingkan dengan harta benda lain, selipar bukanlah mahal harganya, tetapi kehilangan tersebut pun boleh buat orang sakit hati.

OYEN BUAT HAL

Boleh jadi, itulah yang dialami seorang wanita di Singapura yang musykil dengan kehilangan sebelah seliparnya sebanyak lebih empat kali.

Tidak mahu kejadian berulang, wanita tersebut telah meninjau rakaman televisyen litar tertutup untuk menyiasat siapa pelaku misteri tersebut.

Pembongkaran yang dikongsikan @amyramrn dalam akaun Twitter itu membuatkan ramai warganet geli hati selepas melihat entiti yang sering membawa lari sebelah seliparnya.

Nak marah pun tak jadi apabila melihat kelibat si oyen yang melalui hadapan rumah wanita tersebut sebelum lari sambil ‘menggonggong’ sebelah selipar.

Lagi melucukan, si bulus itu sempat usha kiri kanan sebelum pergi meninggalkan lokasi kejadian. 🤣🤣

Baca juga Seramnya, kucing ini bermain dengan entiti berambut panjang, berbaju putih

Aduhai. Meskipun terbongkar sudah misteri kehilangan sebelah kasut tersebut, namun tidak tahu pula sama ada masalah itu dapat diselesaikan atau tidak.

Jika diamati semula, insiden kehilangan sebelah selipar itu tak ubah seperti cerita kartun popular, si kembar Upin Ipin.

OYEN BUAT HAL

Iklan

Bagi yang mengikuti rancangan animasi tersebut, mesti sudah tahu siapa dalang sebenar di sebalik cerita kecurian selipar Upin iaitu si ayam jantan yang dikenali dengan nama Rambo.

Namun, ‘suspek’ kecurian kali ini ialah seekor kucing. Mungkin sudah menjadi habit si bulus itu suka mengambil barang untuk dibawa pulang ke rumah penjaganya. 😅

Baca juga Ingatkan si oyen ni ambil kunci, buka pagar tapi rupanya…

Disebabkan lumrah seekor kucing dilahirkan sebagai pemburu, keinginan memburu masih ada, walaupun dibela dari kecil dengan lengkap keperluan hidup.

Lapor kompas.com, jika si comel itu membawa pulang hasil buruan termasuk bangkai, itulah tanda haiwan tersebut menghargai dan sayang dengan penjaganya.

Iklan

Seperti video yang viral, seekor kucing sering membawa pulang ‘hadiah’ buat penjaganya sehingga membuatkan wanita itu serba salah.

Setiap hari, ada saja barang yang dibawa pulang seperti stoking, daun, aksesori hiasan laman, mancis dan kepala tengkorak.

Tidak mahu menimbulkan salah faham, wanita itu menyediakan bakul khas untuk meletakkan barang yang dibawa kucing tersebut untuk dipulangkan semula. Comelkan?