BARU-baru ini tular satu video kanak-kanak perempuan yang begitu berani mencuba aktiviti indoor sky diving di sebuah pusat membeli-belah terkemuka.

Video itu telah dimuat naik oleh pengguna media sosial, TikTok @amoimorni dan mendapat 1.4 juta tontonan.

Rakaman yang berdurasi selama 19 saat, memaparkan kanak-kanak itu memakai pakaian lengkap yang bersesuaian dengan aktiviti tersebut.

Kanak-kanak perempuan itu terlihat sungguh tenang ‘terbang’ sambil ditemani dan dipegang oleh individu yang terlatih.

@amoimorni Mama Babah tunaikan permintaan Miqaila nak Flyyyy 🥰. Kakak baru 5 tahun tp mama bangga dgn keberanian kakak ❤️❤️❤️. #fyp #fypシ #foryoupage #windlabindoorskydiving #fypdongggggggg ♬ Unstoppable – Sia

Keberanian yang ditonjolkan kanak-kanak itu telah menarik perhatian warga maya dan rata-rata mereka memuji sifat keberaniannya itu.

“Jiwa dia kental gila.”

“Saya suka anak berani macam ni. Semoga anak saya jugak seorang yang berani.”

“Aku yang gayat tengok budak ni. Brave girl.”

“Hebatnya, dah besar nanti jadi orang yang berani yang bantu semua orang tak kira level, fight for us.”

“Besar keberanian, keyakinan dan impian budak ni. Tahniah mak bapaknya.”

Sifat keberanian seperti ini wajar ibu bapa dedah dan ajar kepada anak-anak.

Baca juga: [VIDEO] Ibu marah, pukul anak gara-gara nak berak, berikut 9 tip elak ‘burnout’

Justeru, SinarPlus ingin berkongsikan 10 tip buat ibu bapa yang ingin mengajar anak-anak untuk menjadi berani, antaranya:

1. Jadikan diri anda (ibu bapa) sebagai contoh.

Ibu bapa merupakan insan yang paling hampir dengan anak-anak. Kebanyakan anak-anak akan melihat dan mencontohi segala perilaku yang ibu bapa mereka tonjolkan.

Contoh yang terbaik untuk menjadikan anak-anak anda berani adalah dengan menunjukkan anda keluar dari zon selesa dengan mencuba perkara yang mencabar.

Justeru, tindakan itu akan mendorong anak-anak untuk turut serta mencuba.

2. Dedahkan sejarah kepahlawanan negara kepada anak-anak.

Alangkah baik jika ibu bapa menceritakan tentang pahlawan negara terdahulu yang sanggup berkorban untuk mempertahankan tanah air. Melalui penceritaan, anak-anak dapat membayangkan keberanian pahlawan dahulu, secara tidak langsung sikap keberanian itu dapat mereka contohi.

Iklan

3. Mendedahkan anak-anak kepada cabaran dan disertakan dengan pujian.

Sesetengah ibu bapa mungkin takut untuk mendedahkan anak-anak dengan melakukan aktiviti yang mencabar, berbahaya kerana risau akan keselamatan mereka.

Namun, pendedahan kepada aktiviti yang mencabar akan membantu mereka mengatasi masalah ketakutan dan jika mereka melakukan aktiviti yang berada di luar zon selesa mereka, pastikan kata-kata pujian diberikan kepada anak-anak.

4. Menunjukkan teladan kehidupan sebenar.

Teladan yang baik adalah teladan yang boleh anak-anak lihat seperti polis, bomba dan tentera. Kini, banyak rakaman serta acara yang memaparkan keberanian anggota beruniform itu dan ia sememangnya akan membantu anak-anak membina semangat dan keberanian.

Iklan

5. Membina keyakinan anak-anak.

Sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab, memupuk keyakinan dalam diri anak-anak adalah sangat penting. Apabila anak-anak yakin terhadap diri mereka, secara tidak langsung ia dapat membantu membuat keputusan dengan tepat dan berani.

Sumber: Imom

Baca juga: Anak ‘tidur’ terhidu karbon monoksida dalam kereta, rupanya pengsan

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI