BARU-baru ini tular di laman sosial video yang memaparkan seorang bayi diberi makanan pelengkap ketika masih kecil.

Video yang pada mulanya dimuatnaik di laman TikTok kemudiannya dikongsikan di Twitter menimbulkan pelbagai pelbagai reaksi.

Bayi berkenaan dalam lingkungan usia bawah dua bulan diberikan makanan yang kelihatan seperti bubur atau bijirin bayi.

Warganet melahirkan kebimbangan terhadap kesihatan bayi berkenaan. Bimbang pengambilan makanan pelengkap lebih awal menimbulkan masalah pada kemudian hari.

– “Aduuuuhhhh… Kasihannya tengok. Laju betul suap, belum sempat dia telan pun.”

– “Umur macam ini lidah laju menelan susu sahaja.”

– “Sekarang zaman dah moden, sudah ada research usus tak matang lagi untuk bagi baby makan. Sebab itu doctor buat awareness. Yang selamat, selamatlah tetapi yang tidak selamat? Aduh.”

– “Sedihnya tengok video ni. Sudahlah cara dia suap tu macam sumbat. Tak tahu nak cakap apa, rasa nak menangis ni.”

 

Pada tahun 2018, seorang bayi berusia 10 hari meninggal dunia kerana diberi bubur pisang oleh neneknya.

Kisah menyayat hati yang berlaku di Indonesia itu berlaku susulan bayi berkenaan menangis tanpa henti hingga disalah anggap kerana kelaparan.

Iklan

Selepas beberapa minit bubur pisang disuap, darah merah pekat keluar membuak buak dari mulut, hidung dan dubur bayi tersebut.

Bayi hanya diberikan makanan pelengkap selepas usia enam bulan kerana hanya pada usia tersebut sistem penghadaman mereka bersedia dan sempurna untuk pencernaan.

Beberapa enzim pencerna protein seperti asid gastrik, lipase dan enzim amilase akan berfungsi apabila berusia enam bulan ke atas.

Iklan

Baca juga [VIDEO] Wanita Tionghua ‘Review’ Van Jenazah Buat Ramai Kagum. Perincian Yang Dibuatnya Sangat Ringkas, Tapi Jelas

Sebelum mencecah enam bulan, bayi hanya perlukan susu ibu atau susu formula sahaja. Tidak perlu makanan pelengkap mahupun air kosong.

Diharapkan kisah ini menjadi iktibar buat kita semua.

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Sumber: Twitter @ern_eindee, Public Health Malaysia