[VIDEO] Bukan aksi pemuda demo kain pelikat kemas jadi bualan tetapi komen lucu netizen buat ramai terhibur

A
A
A

BAGI para lelaki, kain pelikat sememangnya antara item wajib untuk dipakai ketika solat mahupun bersantai di rumah.

Pun begitu, jika dilihat secara rambang, kebanyakan gaya pemakaian kain pelikat berbeza-beza.

Lagi melucukan, ada yang senget tidak selari dengan corak garisan kain malah ada yang mudah terlucut.

Pun begitu perkongsian seorang warganet dalam akaun Twitter mengundangkan pelbagai reaksi dek kekemasan kain pelikat yang dipakai.

Video yang dikongsikan @amer_aljeffrey yang berdurasi 59 saat itu menerima lebih 800,000 tontonan. Wah memang ramai yang menonton.

Hantaran dengan kapsyen “31 tahun hidup, only today aku tahu macam ni cara ikat kain pelikat dengan kemas!”.

kain pelikat

Memang kemas kain pelikat yang dipakai pemuda tersebut dan apa yang paling menjadi tumpuan adalah komen-komen netizan yang tidak pernah mengecewakan.

Bagi si lelaki yang berperut buncit, dikatakan tidak akan menjadi.

kain pelikat

Level confident tahap dewa jika pakai kain sekemas itu.

kain pelikatAda juga terpikat untuk dijadikan menantu.

kain pelikatTidak kurang juga berkongsi pengalaman kain pelikat jadi kembang seperti princess.

kain pelikatJenis kain pelikat juga memainkan peranan.

kain pelikatAda juga yang memuji dek didikan keluarga jadi Melayu sejati.

kain pelikatTutorial kain batik pun ada orang minta.

kain pelikatTidak dinafikan, masih ada lagi anak-anak muda yang tidak pandai memakai kain pelikat berbanding golongan bapa-bapa dan warga emas.

Barangkali mereka kembali teruja untuk mencuba selepas melihat tutorial yang dikongsikan pemuda tersebut.

Bukan setakat pakai untuk solat, boleh juga belajar untuk dipakai pada hari raya nanti kerana cara pemakaian samping pun lebih kurang sama.

 

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca