[VIDEO] Gadis kidal isi borang secara terbalik, hasilnya tetap kagum sehingga jadi tumpuan ramai

A
A
A

PASTINYA, setiap seorang daripada kita dianugerahkan kelebihan pada diri sendiri.

Ia termasuklah kebolehan menulis dengan tangan kiri atau kidal. Biasanya mereka yang bertangan kidal memang menarik perhatian ramai.

Dalam seni menulis pula, sudah pasti terselit cara mereka sendiri yang mampu memberikan hasil yang sangat memukau.

Ia samalah seperti tindakan seorang gadis yang telah mencuri perhatian ramai di TikTok baru-baru ini.

Menerusi satu perkongsian video oleh rakannya @zila_adnan, kelihatan kebolehan beliau menulis dengan gaya yang sangat unik dan 'rare'.

@zila_adnanReply to @itupunsusah korg boleh follo hakak terbalik ni k @dilarahman12 ..spesis rare ?

♬ suara asli - ILeny

Buktinya, ketika sedang mengisi sehelai borang, gadis itu sangat tenang menulis maklumat diri dengan posisi terbalik.

Lebih menarik, hasil tulisannya sangat kemas walaupun kaedah menulis gaya itu dipilihnya.

Kata Zila menerusi video yang sama, rakannya itu boleh menulis seperti biasa.

Namun demikian, pada masa itu beliau hanya mengikut mood dengan memilih cara terbalik.

@zila_adnanJrg jumpe spesis rare mcm ni ?@dilarahman12♬ Caught A Vibe - Lancesavali

Menjejaki ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum dengan bakat gadis tersebut.

Bukan itu sahaja, ramai yang memuji hasilnya sangat cantik dan tersusun.

Baca juga: [VIDEO] 12 beradik sepakat pembahagian harta pusaka, ramai puji tindakan mereka

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca