[VIDEO] Gara-gara abaikan makan ubat cacing, gadis ini dedah hampir buta pada usia 17 tahun

cacing
cacing
A
A
A

JIKA dahulu, ibu atau ayah akan kerap mengingatkan kita untuk memakai selipar ketika keluar rumah.

Kata mereka, bimbang cacing boleh masuk ke dalam badan kita tanpa sedar terutamanya ketika memijak tanah atau pasir.

Ketika zaman kita masih kanak-kanak, mak dan ayah kita mesti akan beri kita makan ubat cacing.

Pun demikian, menjelang dewasa, ramai yang terlepas pandang dan mengambil mudah mengenai pemakanan ubat berkenaan.

Sebenarnya, pengambilannya sangat penting dalam kehidupan seharian.

Prihatin dengan keadaan itu, seorang wanita yang dikenali sebagai Faezatul Atiqah tampil berkongsi pengalamannya di akaun TikTok @faetahz.

Katanya, kejadian itu berlaku lima tahun dahulu ketika berusia 17 tahun seusai beliau menghadiri satu kem di sekolahnya.

Jelasnya dalam video yang sama, doktor telah mengesahkan beliau hampir buta pada waktu itu.

@faetahzReply to @mrswaffle_ Aku pun igt2 lupa crita dia. 5 years ago kot♬ original sound - Tah tak suka baby hair

Semuanya bermula apabila matanya berasa gatal dan kelihatan seperti benang yang sedang bergerak.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Lebih parah, pada keesokkan harinya, matanya semakin kabur dan keadaan itu mendesaknya untuk merujuk doktor dan pakar kesihatan di klinik dan pusat perubatan berdekatan.

Alangkah terkejutnya gadis itu apabila doktor memaklumkan terdapat cacing yang telah berjaya memasuki matanya dan telah menyebabkan jangkitan kuman.

"Nasib baik ia (cacing) belum menyentuh bebola mata hitam saya.

"Setelah itu, saya dikehendaki memakan ubat cacing setiap hari selama empat bulan berturut-turut," katanya.

Pada masa sama, Faezatul Atiqah turut berkongsi bahawa doktor juga mencadangkan agar ubat cacing bagi orang dewasa diambil sekurang-kurangnya dua kali setahun.

Baca juga: Jangan abaikan rungutan anak jika mereka mengadu gatal pada bahagian dubur

Oleh itu, buat semua pembaca SinarPlus, jadikan kisah wanita berkenaan sebagai pengajaran buat kita semua.

@faetahzReply to @luoyi344 Begitu la cerita aku dan cacing. Pakcik aku kena jgk tp crita lain. ##fypシ##fypシ゚viral

♬ original sound - Tah tak suka baby hair

Diharapkan dengan insiden yang dikongsikan itu sedikit sebanyak menimbulkan kesedaran untuk memakan ubat cacing.

Semoga bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca