PELBAGAI perkara tertangguh susulan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) termasuklah majlis perkahwinan.

Ada yang mengambil keputusan untuk melaksanakan akad nikah terlebih dahulu dan menunggu waktu sesuai untuk melangsungkan persandingan dan resepsi.

Seperti sebuah video yang memaparkan pasangan pengantin bersanding bersama bayi mereka sehingga tular di laman sosial.

Menerusi video viral yang dimuat naik di laman sosial TikTok @Nreennaimaaa, pasangan pengantin, Nureen Naima dan suaminya, Tun Syazreen menggayakan busana rona merah hati sedang berarak masuk ke dalam dewan.

Apa yang lebih menarik, mereka turut sama menggendong bayi yang merupakan kembar seiras, Areeq dan Aryan, tiga bulan menuju ke pelamin.

Menerusi paparan video berdurasi 18 saat itu, pasangan pengantin tampak berseri. Walaupun tanpa pengapit, kedua-duanya gembira ditemani kedua-dua permata hati di hari bahagia.

Iklan
@nreennaimaaasape macamni jugak kita geng ? 🤣🤭##pengantinpkp ##babytwinspkp ##zyxcba ##masukberanda♬ Beta Janji Beta Jaga – KangMarlo ??


Baharu sahaja sehari dimuatnaik, video berkenaan sudahpun meraih 1.3 juga tontonan di samping 143,500 tanda suka.

Rata-rata wargamaya memuji kecomelan Areeq dan Aryan selain menitipkan doa agar pasangan ini kekal bahagia selama-lamanya.

Iklan

Sumber: TikTok @nreennaimaaa