TERGURISNYA hati ibu ini apabila si anak dihina dan dikutuk.

Begitulah terjadi kepada pengasas produk kecantikan terkenal, Kak Ton atau nama sebenarnya, Zaiton Hassan.

Beliau begitu kecewa dengan kecaman warganet terhadap anaknya, Harris Annuar yang dijangkiti Covid-19 baru-baru ini.

Menerusi video pendek yang dimuat naik Harris di laman Intagram miliknya semalam, Kak Ton ternyata sangat berasa sedih ke atas apa yang berlaku kepada Harris Annuar.

Video berdurasi 2 minit 47 saat itu turut memaparkan titisan air mata seorang ibu sambil menceritakan perasaannya membaca pelbagai komen kepada anaknya di media sosial.

Selain itu, Kak Ton tetap memberi kata-kata semangat kepada anak kesayangan untuk terus kuat melalui ujian yang sedang dihadapinya.

“Mummy tahu anok mummy lagu mano (macam mana). Mummy sedih jugokla teriok dua hari (menangis), selepas itu mummy fikir benda ni… mummy nak Aboy (Harris) kuat, laluinya semua dengan kuat.

“Walaupun kita dalam masalah tapi Allah bagi ujian maksudnya kita yang terpilih.

“InsyaAllah lepas ni semua baik-baik belako (semua) berlaku, selalu berdoa.. mummy reda walau apa-apa pun.

“Tapi mummy tahu anak mummy kuat. Aboy jangan tinggal sembahyang, Aboy doa.

“Dua harini mummy teriok (nangis) sampai mata mummy bengkak. Mummy kesian kat Aboy, orang kutuk macam-macam, bakpo (kenapa) orang kutuk anak mummy.

“Siapalah dia yang kutuk anak mummy tu… tapi mummy tahu manusia ini ada sifat bila orang lain jatuh dia akan hentam, selagi tak kena dekat dia, dia takkan tahu apa yang berlaku.

“Biarlah mereka nak kata apa-apapun, yang penting Aboy anak mummy yang baik dan tak pernah hampakan mummy,” ujarnya.

Baca juga Pelajar UiTM terlibat bot karam masih belum ditemui, ibu meninggal dunia

Iklan

Sebelum ini, Harris Annuar telah disahkan positif Covid-19 selepas pulang dari Langkawi pada 4 Januari lalu.

Iklan

Sama-sama kita doakan Harris Annuar dan sesiapa sahaja yang telah dijangkiti virus itu cepat sembuh.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by BANGKITBOTAK (@harrisannuar)