[VIDEO] Kereta terpacak atas kepala….tabah tau adik ni tahan sakit

No Image Caption
A
A
A

LUCU ada, kasihan pun ada. Serius comel lagak budak ni bila digelakkan bapanya selepas rambut ikal mayang tersangkut pada tayar kereta kawalan jauh.

Sambil tergelak dek tak tahan menahan geli hati, kanak-kanak itu bagaikan terpaku seperti patung dan terpinga-pinga tidak tahu buat apa-apa.

“Macam mana boleh sangkut dekat rambut? Ayah dah cakap main dekat lantai…bukan rambut. Terpacak accident kena rambut.

“Kena botaklah lepas ni. Habislah Zafran, ayah tak tahu,” usiknya sehingga anak comelnya itu menangis.

Sempat lagi bapanya yang juga pemilik akaun Facebook, Mohd Akmal Mahadi memuat naik video pendek berdurasi 39 saat itu dalam Youtube.

Video dah upload kat youtube.. InsyaAllah ada rezeki, view banyak, ada la sikit dapat beli mainan dia..”

Alahai comel je budak ni, habis meleleh air mata terkena gurauan bapanya. Harap-harap lepas ni tak buat lagi ya!

https://youtu.be/T1vJUtxwyHc

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca