[VIDEO] Khalid Jamlus nasihat 'lejen' jika perlu buat sesuatu untuk hidup, 'hadap' saja
PASTI ramai terkejut dengan tindakan bekas penyerang ini yang mengorbankan Anugerah Kasut Emas dimenanginya bersama Perak 18 tahun lalu dengan harga RM10,500 menerusi bidaan online secara langsung di Facebook miliknya baru-baru ini.
'Otai' bola sepak negara, Khalid Jamlus begitupun positif dalam meneruskan kehidupan.
"Saya nak share apa yang terjadi dengan saya. Actually i'm okey. Sihat walafiat tak ada jadi apa-apa. Isu hangat disebabkan Kasut Emas (jual koleksi anugerah).
"Ramai yang bertanya. Tapi jawapan saya, saya tak minta sedekah. Apa yang saya buat tak menyalahi undang-undang, itu yang saya pegang sekarang ini," katanya ketika live di Facebook nya itu.
Turut meluahkan ramai netizen dan pihak berkaitan yang bertanya tentang dirinya, jawapan beliau apa yang dilakukan hanya untuk 'melangsungkan kehidupan' terus ke depan dan mempersoalkan 'takkan nak balik?'.
"Saya nak tanya kenapa sekarang baru sibuk (bertanya).
"Bila anda berjuang habis-habisan untuk negara dan negeri. Tapi ibarat kacang tu ditelan dan kulit tu dah tak ingat kat tong sampah mana diaorang buangkan," antara katanya dalam live berkenaan.
'Langgar saja'
Dalam pada itu, menurut Khalid lagi, apa yang dilakukannya hanya untuk meneruskan kehidupan sekarang ini, jadi beliau hanya 'hadap dan langgar' saja.
"Saya nak bagitahu lejen kat luar sana, kalau perlu buat buat, untuk datangkan something kepada kehidupan, tiada yang melarang dan tiada siapa yang marah anda.
"Sebab itu barang anda, hak anda, keringat anda. Jika itu boleh datangkan sesuatu untuk masa depan anda, jangan takut.
Aku bukan jual dadah, buat benda betul bersebab.
"Dulu aku ada ajukan, orang tak ambil port buat tak layan, 'engkau dah habis apa nak dikenang'. Bila nak jual, tak payah tanya. Sebab dah tiba masanya I need to walk alone.
"Bagi peluang yang aku boleh buat. Ko bagi aku duduk pejabat tanah suruh aku jadi apa. Tengok pada kepakaranlah jika nak bagi peluang," antara luahan Khalid lagi.
Khalid, berusia 43 tahun pernah beraksi bersama Selangor, Kelantan, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) pada saingan liga tempatan.
Dalam bidaan live nya, selain mengorbankan anugerah dimenangi ketika bersama skuad Yeop di pentas Liga Perdana 2002 berkenaan, beliau turut membuat beberapa lelongan koleksi peribadi seperti poster, jersi dan medal diperolehnya sepanjang mewarnai arena bola sepak tempatan.
Lapor Sinar Harian, biarpun tindakan legenda bola sepak negara itu menimbulkan tanda tanya dan teguran dalam kalangan penyokong tempatan, namun bekas peledak Kejor Yeop Kejor itu menjelaskan keputusan berkenaan diambil setelah beliau berdepan masalah kewangan.
Terbaharu dalam perkongsian terkini di laman Facebooknya, Khalid yang memulakan karier seniornya bersama skuad Seladang pada 1999 memuat naik tangkapan skrin perbualan WhatsApp didakwa dengan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal yang mempelawanya bertemu Timbalan Menteri Belia dan Sukan berkenaan.
"Insya-ALLAH mungkin ada sinar," kata Khalid.
Doa SinarPlus moga urusan kehidupan Khalid dipermudahkan. Begitu jua buat legenda bola sepak negara yang lain. -AG #janganputusasamalaysia
Foto: FB Khalid Jamlus
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang