[VIDEO] Lelaki menangis terima bungkusan istimewa daripada ibu bapa di kampung

A
A
A

PASTINYA, apabila sebut sahaja raya, kita akan terbayangkan kemeriahan sambutan lebaran terutama momen dapat berkumpul beramai-ramai dengan ahli keluarga di kampung.

Namun, pada tahun ini, semuanya tidak akan berlaku disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan yang telah dikuatkuasakan oleh kerajaan.

Sudah dua tahun kan kita beraya begini. Jika duduk satu negeri dengan keluarga, ceritanya berbezalah, tetapi kalau kita anak perantau, memang kesedihan itu tak terungkap dengan kata-kata.

Apa yang penulis boleh katakan, terpaksalah kita menahan rindu kepada mereka.

Ada juga yang penulis dengar, hampir setahun tidak berjumpa dengan keluarga dan macam-macam lagilah kisah.

Situasi tersebut turut dirasai oleh seorang pemuda yang dikenali sebagai Kassim Selamat yang tidak dapat tahan sebak apabila menerima kiriman bungkusan dari kampung halaman sempena Aildilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi.

Menerusi satu perkongsian video di Tiktoknya awal bulan ini, pemuda yang berusia 24 tahun itu menangis kesedihan selepas membuka kiriman kotak yang mempunyai pelbagai jenis kuih dan sepersalinan baju raya untuk dipakai pada pagi raya nanti.

Meskipun video yang dikongsikan itu cuma berdurasi 25 saat dengan iringan muzik lagu Air Mata Syawal, situasi itu sudah cukup meragut perasaan ramai.

@matd97Dapaat Kirim Dari Kampung “rasa sebak gila pagi2 Buka Kotak Adaa?? ...” #rayadiperantauan#rindukeluarga

♬ original sound - KassimSelamat?

Bertabahlah semua...

Pastinya ada hikmah yang sedang menanti.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa yang syahdu.

Semoga Covid-19 segera berakhir dan keadaan kembali pulih seperti sediakala.

Baca juga: Poster lama tular. Kerajaan Selangor nafi PKP 3.0, rakyat jangan kongsi maklumat tak sahih

Kita mesti menang!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca