Jangan lupa follow kami di Instagram!

BAGI mencapai imuniti kelompok masyarakat disarankan mendaftar mendapatkan suntikan vaksin Covid-19.

Ini disebabkan vaksinasi membantu mencegah penularan jangkitan virus yang boleh mengancam nyawa itu.

Biarpun kebarangkalian dijangkiti virus terbabit masih ada, namun gejalanya dikatakan lebih ringan berbanding golongan yang belum menerima suntikan vaksin.

Lagipun suntikan vaksin Covid-19 sama seperti suntikan lain yang mana rasanya bagai ‘digigit semut’, tetapi berbeza bagi mereka yang takut jarum.

Situasi berkenaan dapat dilihat menerusi sebuah video tular di laman TikTok baru-baru ini.

Dalam video yang dimuat naik oleh pengguna dikenali @xapijie itu kelihatan seorang lelaki dipegang oleh empat rakannya menjerit ketakutan semasa disuntik vaksin.

Difahamkan, ketika itu beliau berada di salah sebuah pusat pemberian vaksin untuk dos kedua.

Apa mengundang dekah ramai keadaan lelaki itu yang dipercayai terlalu takut disuntik oleh petugas kesihatan di sana.

Bahkan, belum disuntik pun beliau bagaikan tidak senang duduk dan riak wajah cemas sehingga petugas kesihatan turut tergelak.

Iklan

Keadaan semakin tidak ‘terkawal’ apabila lelaki berkenaan jerit kesakitan lalu mencengkam kaki dan tangan salah seorang kawan yang membantu menenangkannya.

Menjengah ruangan komen, majoriti wanita mengusik jika orang lelaki bersalin pasti melambatkan kerja doktor dan jururawat kerana takut jarum.

Iklan

Ujar netizen:
“Badan sado, muka handsome, takut inject. All in one package.”

“Aku sorang je ke yang ulang lebih 3 kali tengok video ni? Hahahaha.”

“Aku tak dapat bayangkan kalau lelaki beranak huru-hara hospital.”

“Adoi, ingatkan aku seorang saja macam ini ada juga geng rupanya. Takut jarum tu tak tau nak cerita macam mana.”

“Nak gelak tapi aku pun fobia jarum ni. Memang panic attack siapa yang fobia jarum ni.”

Baca juga [VIDEO] Ibu sanggup masuk hutan kayu bakau cari barang terpakai buat anak main masak-masak di rumah

Video berkenaan setakat inu telah mendapat sebanyak 1.4 juta jumlah tontonan, 105,000 tanda suka dan lebih 12,000 ribu perkongsian.

@xapijieNah original.. jgn risau kengkawan dia mcm kena ggit semut je!! Tolong lah percaya!! HahahHah♬ original sound – jayy