HATI mana yang tidak sedih apabila insan tercinta terutamanya ibu dan ayah telah pergi buat selama-lamanya.

Namun begitu, apakan daya setiap yang berlaku itu ada hikmahnya. Kita sebagai manusia harus tabah dan menerima dengan hati terbuka segala aturan ALLAH.

Inilah situasi yang berlaku kepada seorang pengguna TikTok dikenali @Topanjey.

Menerusi sebuah klip video yang dikongsikan, beliau sama sekali tidak menyangka dapat melihat arwah bapanya yang sangat dirindui dalam aplikasi Google Street View.

Berdasarkan penceritaan dalam video terbabit pemuda itu pada mulanya teringatkan kampung halaman. Lantas, beliau mengambil keputusan menggunakan aplikasi tersebut bagi meredakan kerinduan yang bertandang.

“Mula-mula ingat nak Street View rumah sebab rindu. Lepas tu terjumpa…jumpa ni… arwah ayoh (ayah)”.

[VIDEO] Lelaki sebak nampak arwah ayah dalam Google Street View. Niat asal nak lepas rindu kampung halaman

Pun begitu, lebih membukam jiwa apabila paparan pada Google Street View itu memaparkan sosok tubuh arwah ayahnya yang lengkap berbaju Melayu dan berkopiah putih berdiri di depan
pintu rumah.

Katanya, berkemungkinan pada ketika itu arwah bapanya sedang bersiap sedia untuk menunaikan solat jemaah di masjid.

“Arwah ayoh ada lagi masa ni. Masa ni, mesti ayah nak gi masjid. Kalau arwah sihat, mesti dia pergi masjid setiap waktu,” tulisnya.

Menjengah ruangan komen, video tersebut dibanjiri doa warganet supaya arwah ayahnya ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Iklan

Dalam pada itu, lelaki tersebut turut berkongsi tutorial cara menggunakan aplikasi tersebut.

Baca juga Sayang isteri tinggal-tinggalkan, bukan dibelasah hingga hilang ingatan!

Rata-rata pengikut berterima kasih dan ramai yang mula mencuba aplikasi berkenaan untuk ‘meninjau’ rumah di kampung masing-masing. Maklumlah, pada ketika ini aktiviti merentas daerah dan negeri adalah tidak dibenarkan sama sekali.

Jadi, korang bolehlah mempraktikkan cara sama menggunakan aplikasi itu bagi menjengah rumah ibu bapa di kampung.

Iklan

Semoga pandemik Covid-19 di negara ini segera berakhir agar kita dapat pulang berjumpa ibu ayah tercinta.

@topanjeyYa Allah. Lama x tgk hero ku. Doakan dia kawan². ##fyp ##my ##hero

♬ Ayah – Laoneis