[VIDEO] 'Nasib baik kami sekeluarga selamat' - Kereta berpusing sebelum sipi dilanggar treler

A
A
A

MALANG memang tak berbau. Insiden menimpa adik ini memang buat jantung berdebar-debar apabila melihat rakaman yang berjaya dirakam ketika berdepan kemalangan.

Perkongsian pemilik akaun Twitter, @nadzrhhhh pastinya satu pengalaman yang tidak akan dilupakan olehnya sampai bila-bila.

Mendebarkan tatkala kita yang menonton rakaman tersebut terdengar jeritan suara wanita yang mengungkap "....lailaha illallah... ayah..lailaha illallah... ayah" sebelum kereta dinaiki mereka berpusing.

Dalam masa sama sebuah treler muncul di laluan kecemasan. Barangkali cuma mengelak kereta yang terbabas di laluan hadapannya.

Sempat berkongsi pengalaman menakutkan itu, @nadzrhhhh berkongsi video berdurasi 14 saat dengan kapsyen 'alhamdulillah allah selamatkan nyawa kami sekeluarga'.

Kecut perut bila menonton video pendek itu. Rupa-rupanya kereta terbabit terlanggar kepingan besi di tengah laluan.

insiden

Ini punca berlakunya accident tersebut. Ada kepingan besi di highway tersebut then mungkin terlanggar sikit besi tu and terus tersekat kat spring tayar belakang, so brek terus stuck dan hilang kawalan. Kalau ikut kan dalam video tu memang tak nampak pon besinya. Masa tu ayah bawak kereta tak laju pon sebab lagi 1km tu nak masuk ke tol bukit gambir.

Rata-rata yang menonton video pendek itu menitipkan kata syukur dan tak kurang juga berkongsi pengalaman sama berdepan musibah kemalangan di lebuh raya.

insiden

insiden

Syukur keluarga @nadzrhhhh selamat. Bagi yang memandu, berhati-hatilah dan jaga jarak pemanduan. #janganputusasamalaysia

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca