[VIDEO] Panik dan cemas dikejar anjing, penghantar makanan terbabas rempuh pagar
KEMALANGAN berlaku hanya sekelip mata namun akibat perlanggaran, impaknya tentu menyakitkan. Lebih-lebih lagi apabila melibatkan objek statik seperti pagar.
Baru-baru ini tular di laman sosial video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan seorang penghantar makanan (rider) merempuh pagar sebuah kediaman.
Rider berkenaan melalui detik cemas dikejar anjing sebelum melanggar pagar berkenaan.
Kemalangan tersebut dirakam CCTV pemilik kediaman berkenaan.
Menerusi paparan video berdurasi 30 saat itu, motosikal yang ditunggang rider berkenaan yang dipercayai seorang wanita secara tiba-tiba dilihat meluru dengan laju ke arah kediaman.
Dua individu kelihatan yang sedang berada di kawasan anjung kediaman berkenaan cuba mengelak daripada dilanggar.
Rempuhan kuat itu menyebabkan rider berkenaan cedera dan sukar untuk berdiri.
Individu tersebut dilihat cuba menghalau anjing liar yang kedengaran berterusan menyalak.
Bagaimanapun, sehingga kini tiada info lanjut berhubung lokasi dan masa kejadian.
Status anjing berkenaan juga tidak diketahui sama ada ia adalah anjing yang dipelihara atau liar.
Menerusi ruangan komen, warga maya meluahkan tidak puas hati kepada pemilik anjing dan meminta mereka yang membela haiwan berkenaan tidak membiarkan ia berkeliaran.
“Inilah masalahnya jika pemilik anjing biarkan anjing mereka diluar rumah. Simpanlah dalam rumah.”
“Kebanyakan anjing yg dibela dirumah tiada lesen dan owner lepaskan di luar tanpa dirantai.”
“Harap diambil tindakan, mmg ada segelintir tuan anjing sengaja lepaskan anjing mereka diluar.”
Baca juga Kanak-Kanak 4 Tahun Maut Diserang Lima Ekor Anjing Liar
Ada juga warganet yang memberikan solusi sekiranya berhadapan situasi seperti ini.
“E-mel aduan ke pihak berkuasa tempatan (PBT) atau majlis perbandaran.”
“Bawa segala bukti kejadian serta medical report kecederaan dan buat aduan ke PBT dan Majlis sebab semua lesen memelihara haiwan dikeluarkan oleh mereka. Jika terbukti pemilik haiwan itu cuai, anjing akan disita dan pemilik haiwan akan disaman barulah haiwan itu akan diserahkan semula kepada pemilik.”
Netizen juga melahirkan kerisauan melihat rider berkenaan yang mengalami hentaman teruk semasa kemalangan.
“Sakit dada dia, terhentak gate tu.”
“Sakitnyaa kena besi gate tu..ALLAHUAKBAR.”
“Ya ALLAH kasihannya, jatuh air mataku.”
“Teruk juga runner tu. Hentaman kuat pada badan. Harap-harap tiada apa yang serius.”
Diharapkan pemilik anjing perlu lebih peka dan bertanggungjawab dengan memastikan anjing yang dipelihara tidak mendatangkan sebarang kecederaan kepada orang lain.
Sumber: FB Malaysian Crime Watch - MyWatch
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang