[VIDEO] Reka sendiri suis aircond kereta, ramai puji pasangan ini yang bahagia dengan cara sederhana

A
A
A

PASTINYA, setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga mengimpikan kehidupan yang bahagia.

Walaupun sesetengah daripada kita tidak dapat dimewahkan dengan wang ringgit, namun memadai dengan melakukan perkara yang sederhana dan menyeronokkan.

Seperti sepasang suami isteri ini, gelagat mereka sudah cukup membuatkan masing-masing saling terhibur.

Menerusi perkongsian di TikTok @divamijamj, beliau berkongsi tingkah laku suaminya yang sedang mengira gaji di dalam sebuah buku nota.

Kemudian, wanita berkenaan sempat memuji kereta milik mereka dan mengalih pandangan pada suis yang terletak bersebelahan dengan dashboard kenderaan itu.

Rupa-rupanya, suis tersebut direka khas untuk menghidupkan dan mematikan sistem pendingin hawa keretanya.

Dalam pada itu, beliau sempat meminta suaminya agar melakukan demontrasi bagi melihat tahap kesejukan alat itu.

Ternyata, sebaik sahaja suis ditekan, ia dapat berfungsi dengan baik.

@divamijamjJanji sejuk? ##divamija##mypartner##amwaybusinessowner##viral2021fyp♬ original sound - divamijamj

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen seronok dengan aksi pasangan itu yang bahagia dengan cara yang sangat sederhana.

Pada masa sama, mereka juga meluahkan rasa bersetuju bahawa kebahagian tidak semestinya dengan kemewahan dan wang ringgit semata-mata.

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca