SEMENTARA negara masih di bawah perintah Sekatan Perjalanan Penuh (SPP) atau total lockdown, pelbagai kreativiti timbul khususnya dalam kalangan anak muda bagi mengisi masa bersama keluarga.

Bukan sekadar resipi kopi dalgona dan Lotus Iced Biscoff Latte menjadi trend sehingga viral di media sosial, bhkan, ramai pula yang menyahut cabaran #rutinharianchallenge.

Menerusi perkongsian pengguna media sosial mereka menghasilkan klip video pendek #rutinharianchallenge yang mana mengundang tawa dan mencuit hati warganet.

Masakan tidak, aksi mereka sepanjang merakam video bersama ibu bapa dengan susunan skrip rekaan sendiri amat melucukan.

Antara pengisian wajib dalam video tersebut, anak-anak perlu menyenaraikan secara terperinci setiap aktiviti mereka seawal pukul 5 pagi sambil diperhatikan ibu ayah di sisi.

Apa melucukan tatkala anak mula bercerita bangun seawal pukul 5 pagi lalu menunaikan solat Subuh dan keluar berjogging membuatkan sesetengah ibu bapa terkedu dan terpinga-pinga.

Ini disebabkan aktiviti yang dinyatakan oleh anak tidak berlaku secara realiti sehingga mereka pantas menidakkan.

Memang kelakar! Penulis sendiri pun kadangkala tak mampu menahan ketawa melihat ragam mereka. Boleh pecah perut dibuatnya!

Ayuh kita lihat beberapa video #rutinharianchallenge:

[VIDEO 1]

[VIDEO 2]

[VIDEO 3]

Iklan

Baca juga Sedihnya, bayi sudah dua hari meninggal baru dapat dikebumi sebab tak ada duit

[VIDEO 4]

Iklan

Secara tidak langsung video #rutinharianchallenge dapat menceriakan penonton yang mungkin bersedih berdepan situasi sekarang.

Jangan lupa #kitajagakita dan semoga berjaya membendung wabak Covid-19 dengan kerjasama semua pihak.