DEMI menggembirakan isteri tersayang, seorang pemuda bersama adiknya sanggup datang dari Perak ke Melaka dengan menaiki bas persiaran untuk membawa pulang kereta yang dibeli sebagai hadiah kejutan.

Pun begitu, lain pula jadinya apabila kenderaan jenis Satria Neo yang disudah dibayar secara tunai dengan jumlah RM9,000 dengan seorang lelaki yang kononnya pemilik kereta terbabit dikatakan lesap begitu sahaja.

Kisah yang dikongsikan adik pemuda tersebut, Lia Shukery melalui video yang dikongsikan dalam platform TikTok itu cukup menyedihkan.

@liashukerymohon keluar fyp 😭 , harap orang ramai tidak mudah ditipu 😭 ##fyp ##fypシ ##fypppppppp ##fypage ##scammermalaysia ##fyp ##fypthis ##fyp ##fypppppppp

♬ original sound – lia

Keterujaan untuk membawa pulang kereta berakhir dengan kesedihan yang teramat.

Dalam video yang dikongsikan gadis itu, beliau menceritakan mengenai keterujaan abangnya yang tidak sabar untuk datang ke Melaka untuk membeli kereta sebagai kejutan buat isteri tersayang.

Antara kata-katanya:

“Pada 11 Januari, kami bertiga pergi ke Melaka. Tujuan kami nak beli kereta dengan harga RM9,000. So, kami bergerak dari Perak ke Melaka. Time nak pergi tu memang excited gila dan happy sebab abang saya letak niat nanti nak bawa isteri dia jalan-jalan naik kereta baru.

“Bila kami sampai, ada seorang abang Grab ni bawa kami ke bengkel kereta dan kami try bawa kereta itu. So abang berpuas hati nak beli kereta itu.”

scammer tiktok

Apa yang menyedihkan katanya, selepas selesai mengeluarkan duit tunai sebanyak RM9,000 di sebuah bank dan membayar kepada pemilik kereta, dokumen mengenai kenderaan terbabit tidak diberikan.

“Lelaki yang menguruskan kereta itu memberi alasan macam-macam dan katanya perlu selesaikan urusan di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) terlebih dahulu. Kami percaya sebab dia kata bekerja di bengkel itu.

“Rupa-rupanya itu taktik nak lepaskan diri. Kami sudah buat laporan polis dan memang sedih. Keluarga pun risau sebab kami balik sehelai sepinggang, duit lebur dan barang tak dapat,” katanya.

scammer tiktok

Melalui perkongsian video kedua, Lia memuat naik video laporan polis yang dibuat.

Menerusi rakaman itu, beliau sekeras-kerasnya menafikan cerita yang dikongsinya itu bukannya untuk menaikkan view atau content TikTok semata-mata, tetapi kisah benar yang berlaku.

scammer tiktok

“Apa yang boleh saya katakan, scammer tipu kami, kata kereta itu miliknya dan disebabkan dia kata bekerja di bengkel tersebut membuatkan kami sedikit percaya. Abang suruh ambil gambar suspek sebagai bukti penyerahan duit itu.

Iklan

scammer tiktok

“Rupa-rupanya masa kami try kereta itu, pemilik sebenar ada dalam pejabat di bengkel kereta itu. Scammer ini pula mengaku pemilik kenderaan dan kami bayar kepada orang yang salah,” kongsinya.

Lia turut menitipkan pesanan pada akhir video yang dimuat naik supaya orang ramai berhati-hati dengan scammer dan jangan tertipu seperti apa yang berlaku kepada mereka sekeluarga.

scammer tiktok

“Jika sesiapa kenal suspek, beritahu saya ya. Sebab saya tak mahu orang lain jadi mangsa,” katanya.

Rata-rata warganet yang mengikuti kisah Lia mendoakan supaya urusan dipermudahkan dan scammer tersebut dapat ditangkap segera.

Iklan

scammer tiktok

scammer tiktok

Tidak kurang juga ada individu prihatin mahu membantu.

scammer tiktok

Moga semua pembaca SinarPlus sentiasa berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan taktik kotor scammer lebih-lebih sudah ramai katanya sudah dapat pengeluaran wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja melalui i-Sinar.

Berhemahlah dalam berbelanja dan membeli keperluan harian yang perlu sahaja. Kemungkinan besar pelaksanaan perintah kawalan pergerakan akan dilanjutkan.