[VIDEO] Tidak kisah melabur hampir puluh ribu ringgit demi keladi viral, lelaki ini siap rantai pokok takut dicuri

A
A
A

ADA masa ini, hampir semua perkara yang tular akan menjadi trend.

Buktinya, bagi mereka yang suka bercucuk tanam, masing-masing tidak akan terlepas mempunyai pokok keladi viral.

Jika dahulu tanaman itu hanya dibiarkan tumbuh meliar, namun kini ia semakin menjadi buruan orang ramai.

Menerusi beberapa perkongsian video di TikTok yang dikenali sebagai Faiz juga berkesempatan memiliki pokok keladi viral tersebut.

Minat yang sangat menebal terhadap hobi itu membuatkan beliau pernah tular sebelum ini apabila dilihat mengangkut sebatang pokok keladi yang besar hanya dengan menaiki sebuah kereta sahaja.

Bukan dianggap sebagai minat semata-mata, lelaki tersebut juga telah melabur RM50,000 bagi membeli tanaman berkenaan.

Jadi, bagi mengelak pokok itu dicuri, beliau siap meletakkan rantai pada bahagian batang tanaman tersebut sebagai langkah berjaga-jaga.

@pemburujanda8339aku laburkan 50 ribu untuk hobi aku,,keladi kesayagan##fypシ゚viral##fypシ##fypシ゚vir##tiktokmalaysia

♬ เสียงต้นฉบับ - อัสมิง รานอ

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terkesima melihat perkongsian itu.

Baca juga: [VIDEO]Lelaki menangis teresak-esak Kurama mati, 6 meme tular bikin pecah perut

Bukan itu sahaja, ramai turut memberitahu tidak menyangka dengan harga bagi sebatang pokok tersebut yang mencecah ribuan ringgit.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca