[VIDEO] Tragedi malam 23 Ramadan, asrama terbakar tika solat tarawih, 43 pelajar selamat
SESUNGGUHNYA ALLAH sebaik-baik penjaga. Biarpun api marak membakar keseluruhan tingkat tiga sebuah asrama, semua penghuninya terselamat.
Seramai 43 pelajar Sekolah Agama Menengah Tinggi (SAMT) Sultan Hisamuddin di Taman Bijaya, Klang bernasib baik apabila terselamat di dalam kebakaran.
Difahamkan ketika kebakaran pada jam 9.30 malam itu, mereka tiada di dorm masing-masing kerana menunaikan solat tarawih di surau sekolah.
Video kejadian tular di laman sosial memaparkan api marak membakar tingkat teratas asrama berkenaan.
Baca juga: 10 Tip Hadapi Kebakaran, Asap Tebal Boleh Membunuh
Baca juga: Letupan umpama petir, sekelip mata rumah bergegar, dua beranak melecur tong gas memasak meletup
Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kebakaran terbabit jam 9.40 malam.
Pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Raja, Pelabuhan Klang, Kapar, Kota Anggerik, Shah Alam serta Subang dikejarkan ke lokasi untuk memadamkan kebakaran.
Kira-kira jam 10.09 malam kebakaran berjaya dikawal. Kebakaran terbabit difahamkan memusnahkan 70 peratus asrama putera itu.
Norazam berkata punca sebenar kejadian dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.
@versysxrider kebakaran Malam Ramadan sekolah agama hishamudin sungai bertik #fyp♬ Sedih - Instrumental - Asraf Studio
TIP HADAPI ASAP TEBAL KEBAKARAN
Baca juga: Bengang dengan majikan, wanita bakar gudang minyak akibatkan kerugian RM5 juta
Jika terperangkap dalam kebakaran, selain daripada api, perkara yang perlu anda beri perhatian ialah asap tebal.
Selain menyebabkan kesukaran bernafas, penglihatan mangsa juga boleh menjadi kabur dalam usaha mencari arah untuk keluar dari bangunan.
Situasi ini boleh menyebabkan kematian!
Berikut adalah enam tip yang perlu dilakukan apabila anda terperangkap di dalam kebakaran:
1- Sekiranya berada di dalam bilik yang dipenuhi asap,utup hidung dan mulut anda dengan sehelai kain basah dan elakkan bernafas melalui mulut
2-Meniarap hampir dengan permukaan lantai kemudian merangkak ke arah keselamatan, dengan kepala anda sentiasa di bawah asap.
3-Jika terperangkap dalam kebakaran di bangunan tinggi, masuk ke dalam bilik yang selamat, sebaik-baiknya yang mempunyai tingkap terbuka, pengudaraan baik dan berhadapan jalan raya.
4-Tutup pintu di belakang anda dan tutup ruang di bawah pintu dengan selimut, kain atau fabrik lain bagi mencegah asap daripada memasuki bilik.
5-Pergi ke tingkap, jerit untuk menarik perhatian orang tentang kebakaran dan hubungi Bomba jika berupaya.
6-Tenangkan diri dan jangan cuba melompat keluar dari bangunan yang tinggi.
Semoga bermanfaat!
Baca juga: [VIDEO] Api marak, tong gas terbakar, tindakan pantas lelaki selamatkan rumah jiran
Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus
Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang